aku, hanya faktab di bumi Ilahi...

Bismillah,

LOL, lama menyepi. apa khabar dikau disana? alasan apakah yg nak Aisyah katakan pada kalian. hihi.
diriku kini sedang menghitung hari menunggu kelahiran Little Caliph yg dinanti. Pray for Ummi Aisyah pleassseee! doa kalian tersangatlah bermakna serta berharga.

Walaupun kita faktab di dunia, tapi Dia tahu siapa kita disana. Dia yg Maha menilai lagi Maha mengetahui.
meskipun kita hanya menumpang buat sementara waktu dan hanya menapak seketika di bumi yg fana, jadi itu bukan alasan untuk kita tidak dapat perbaiki diri dari masa ke semasa jangan leka dengan fatamorgana dunia.

kenapa aku dilahirkan? kenapa Dia uji aku begini. Ya Tuhan! sudah ditakdirkan di dalam rahim ibuku lagi takdir masing-masing. apakah tidak mampu untuk kita mengubahnya? pasti boleh, " amar makruf nahi munkar ". mengajak kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran. berbuat baiklah temanku dan meninggalkan saja larangan-Nya. senang bukan. jika sudah terlanjur akan perbuatan keji dan menyakiti Dia, panjatkan doa. mohon taubat. lekatkan dahi pada sujud-Nya.


jujur, diriku juga bukan sempurna mana. seorang anak perempuan yg cuba menjaga maruah keluarga. seorang isteri yg cuba menggapai tajuk mithali serta solehah-Nya dan bakal seorang ibu yg menggali ketabahan untuk membesarkan mujahid serta mujahidah sebagai pembela Agama kelak. sungguh besar tanggungjawabku bukan, yang cuma faktab di bumi Ilahi hanya menumpang kasih-Nya di dunia ini.

terkadang bermonolog dalam hati, setiap hari aku cuba untuk jadi yg lebih baik daripada semalam. apa lagi yg kurang pada diriku supaya aku dapat tambahkan bagi mempercepatkan aku menggapai redha-Nya? sentiasa ku cerminkan diri bukan apa, takut-takut cermin itu kabur dari pandanganku.

no one can love or care for us as much as Allah does, MasyaAllah Tabarakklah! hearts to hearts, Love you all for the sake of Allah. maaf jika pernah disakiti, dan keterlanjuran budi bicara kata. 
doakan diriku serta bayiku selamat dilahirkan ya - aisyah





“ibu mithali, isteri sejati”

Bismillah,

Alhamdulillah, kini kembali dalam keadaan diri hampir ke 5 bulan  usia kandungan! Aisyah dapat rasakan kebahagian sepasang suami isteri apabila dikurniakan seorang cahaya mata yang baru, maka lengkaplah sakinah, mawaddah dan rahmah di dalam sesebuah instituasi kekeluargaan. Tidak pernah terlintas dalam kotak pemikiran dan juga gambaran imaginasi tentang kebahagian sebuah keluarga yang dihujani dengan nikmat Tuhan dengan kehadiran seorang insan yang bergelar anak. Meskipun perkahwinan Aisyah di usia yang terlalu muda, dengan izin-Nya Aisyah dapat melalui liku-liku kehidupan berumahtangga begitu sempurna. Pada permulaan perkahwinan yang terpaksa berjauhan seketika bersama suami hampir setahun, ia tidak menghalang Aisyah untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan sebagai pelajar. terbukti juga rezeki-Nya tidak pernah terputus walau seketika sejak kami berkahwin. jika di List kan kenangan pahit serta manis membawa perut ketika zaman belajar dulu, sungguh mencuit hati! dalam tempoh 3 bulan usia kandungan, Aisyah diuji berkali-kali. Suami pula tiada disisi terpaksa hidup berdikari.
walau usia kandungan Aisyah telah masuk 5 bulan, perut  masih tidak nampak seperti wanita hamil. Ramai sahabat-sahabat mengatakan perutku kecil, mudah untuk ku bawa diri sebenarnya. Alhamdulillah. Jika besar, mungkin akan menyukarkan Aisyah untuk bergerak kerana Aisyah sering saja berjalan banyak untuk ke tempat mengajar sekarang ni. dahulu, ketika di tempat belajar pon sama juga. sentiasa banyak berjalan untuk ke kuliah. kadang-kadang rasa tak larat tapi gagahkan diri demi pelajaran! suami sentiasa beri semangat di kejauhan. kenangan-kenangan indah sewaktu final year presentation project, final exam, dan sebagainya bersama Little Caliph sungguh bermakna! The best feeling in the world is this, baby moving around and kicking! sekarang Little Caliph sedu-sedu comel, denyut sane denyut sini! baby sedu nak membesar ye! sungguh nikmat! Aisyah berimpian juga nak jadi superWOMAN Daughter,Wife,Ummi To Be and now i'm a Teacher. mengisi masa yang ada ni, Aisyah bekerja juga tambah-tambah ilmu, bergaul dengan orang ramai, dan sebagainya. ada juga yang beri cadangan supaya Aisyah menguruskan bisnes Online seperti dahulu, hihi bukan tidak mahu. tapi sekarang banyak persaingan dan banyak persamaan. kalau boleh nak buat lain dari lain. InsyaAllah jika diizinkan-Nya, jika idea muncul tiba ia akan terlaksana suatu hari kan.

sebenarnya banyak hikmah bila kita menjadi bakal ibu.1st and foremost mestilah rasa gembira and syukur tidak terhingga. rasa kemanisan perasaan keibuan yang tidak dapat diungkapkan! Perancangan kehidupan ini harus kita rencanakan secepat mungkin bersama suami supaya kita tidak terlalu lama tenggelam tanpa matlamat. Persediaan bergelar ibu, ilmu yang perlu bagi wanita hamil. Walaupun kita merancang keluarga, tapi sangat penting untuk dapatkan ilmu yang secukupnya berkenaan dengan kehamilan. paling penting, plan kewangan serta tempat tinggal yang sesuai. kewangan merupakan perkara paling utama dalam institusi kekeluargaan! ia seharusnya dibincangkan bersama, bukan mengharapkan suami sahaja.ia tanggungjawab bersama. kediaman yang selesa mempengaruhi persekitaran diri kita dan keluarga nanti. Malang bagi wanita yang hidup tanpa matlamat dan tanpa arah tujuan. Jadilah wanita yang produktif dan punya matlamat hidup yang jelas. Jadilah isteri yang hebat, mampu menjadi yang terbaik di rumah dan menyumbang untuk ummah!
Tanggungjawab ini mungkin tidak dapat difahami sepenuhnya oleh seseorang yang masih mentah serta masih bersifat dan berfikiran keanak-anakan. Sedangkan tanggungjawab berumah tangga ini adalah besar, kematangan akal fikiran adalah perlu bagi pasangan untuk menyelesaikan konflik rumah tangga yang mencabar yang bakal dihadapi. Allah sebaik-baik perancang! setiap perancangan-Nya yang penuh dengan hikmah. mungkin perkahwinan di usia muda ini adalah untuk melindungi diriku daripada segala perkara yang tidak baik yang sering diperdengarkan kini. Wanita, jadilah engkau manusia-manusia taat yang mampu menggoncangkan dunia dengan kelembutan! Demi Allah, bila kita akan menjadi seorang ibu, automatik kita akan ingat ibu kita. bagaimana dia melahirkan,membesarkan,mendidik,mengasihi dan sebagainya. kadang-kadang rasa sedih! rasa bersalah! apa yang aku dah buat pada ibu ku??? pernahkah ia terguris, terasa hati dengan ku? masa itu kita akan termenung mengenangkan, sambil mengusap perut, sambil menanggung kesakitan akibat morning sickness. begini rupanya ibu ku sewaktu aku di dalam perutnya. ohh Tuhan! jadi untuk menjadi seorang ibu yang baik mungkin kita boleh mencapainya tetapi untuk menjadi seorang ibu dan isteri yang cemerlang, kita perlu mendalami ilmu keisterian. Oleh itu berusahalah kita seberapa yang boleh untuk menjadi “ibu mithali, isteri sejati”.

kisah TER-mengandungnya diri ini.....

Bismillah

i love being pregnant. i love having a precious little life inside of me. Alhamdulillah, love is miracle just from Allah SWT. Akhirnya, Aisyah sudah disahkan berbadan dua. setelah 8bulan berkahwin, Allah bagi rezeki yang selama ni, Aisyah dan suami menunggu-nunggu. sekarang nak masuk 2bulan pregnant. berhasrat, nak buat entri genap 3bulan. Tapi, takper kite share something yg sangat bermakna sesama kita.

seperti insan lain, Aisyah ni mase mula-mula kawin memang teruja nak baby awal! tapi suami Aisyah pernah plan nak ada baby lepas Aisyah habis belajar. Aisyah taknak, kalau boleh rezeki Allah jangan ditolak. setelah beberapa bulan kami kawin, akibat kecewa yg mendalam.haha. Al-kisah mase bulan pertama kawin, dekat nak puasa tu.. Aisyah tak delay period sebulan lebih. wahh, ape lagi excited mesti pregnant ni! hahah. beli UPT test, buat research kat internet, tanya mak. last-last konklusinya, tak puas hati dengan hasil UPT yg -ve. terus p klinik kesihatan test dekat situ. hasilnya, doktor kata  " TAK MENGANDUNG ". doktor tu boleh sengeh-sengeh! and cakap perubahan hormon. diam seribu bahasa dalam kereta, Suami jeling-jeling tengok isterinya yg tengah hiba dan terus memujuk. dan bulan-bulan yg seterusnya, period memang tak teratur. pernah 2bulan tak period, dalam fikiran ni mengandung jer lah kan! kalau nak diikutkan UPT test tu lebih 8x Aisyah beli. beli senyap-senyap lain cerita lah kan.upssss! hahhah!! 
pernah jugak meroyan,menangis sorang-sorang mengenang nasib badan, bilalah nak mengandung ni! kenapa Allah buat macam ni dekat aku? banyak ke dosa aku dulu? sampai macam tu tahap pemikiran Aisyah. hihihi. sampai suami naik kesian tengok keadaan Aisyah yg teruk macam tu. tapi suami tak pernah melemahkan semangat Aisyah, dan suami bagi semangat.. " Takpe, sayangkan belajar lagi " alololo. kadang-kadang puas dok search something about pregnancy, semangat tau! actually, banyak kisah-kisah tragis sebelum disahkan mengandung. takper, biar jadi cerita kami berdua....

Finally, sebelum due date period Aisyah pon buat UPT test, orang kate. nak buat UPT test elok buat pagi lepas Subuh. korang search sendiri ok sebab apa bagus buat waktu pagi. biarkan kejap, last-last ada 2line yg terus laju jer timbul! nampak tak dekat situ lagi excited. sujud syukur dalam toilet yg tak menahan! sambil mandi sambil menangis tak berlagu. Suami tengah lena dibuai mimpi, Aisyah kejutkan. dah selesai kami solat. Aisyah pon cakap, " sebenarnya ayang nak cakap ni ", si suami excited nak dengar. lepastu Aisyah terus bagi UPT test tu. suami pelik, " ape bende ni? " uppss lupe suami rabun.hahah. bukak lampu dan terangkan ni UPT test kalau nak tahu kite pregnant ke tak. yg ada 2line tu maknanyer pregnant. sengeh-sengeh jer suami, lepastu amboiii terus usap perut. lepastu....... teetttttt! 18xxxxxxxx
dan kami pon berjumpa doktor, doktor kejam!hahha! mematahkan semangat Aisyah jer. doktor cakap," tak mungkin awak mengandung ". belum cukup 28hari lagi. maksudnyer kitaran lepas period kite. kan Aisyah buat UPT test sebelum Aisyah due date period. lepastu diam jer lagi dalam kereta. sambil berkata dalam hati " Allah nak bagi rezeki tak kira cepat ke lambat,ishh doktor ni!" hahahha. tunggu lagi seminggu genapkan 28hari. solat hajat Aisyah buat! mohon pada Allah perkenankan dan dipermudahkan. taknak ajak suami pegi klinik tu lagi. pegi klinik lain, haaa buat UPT test terus settle. " awak dah mengandung, 4weeks 4days ". Alhamdulillah teruja sangat Aisyah dan suami. hmm, sekarang Aisyah tengah mengalami morning sickness yg teruk. 

Ya Allah! huhu. sampai suami pon pernah termuntah-muntah di ofis. cecehh, comel jer suami mabuk jugak. buku merah dah settle, puas digodek-godek tangan Aisyah ni. huhu. setabung-setabung darah diambil. dah scan, baru nampak kantung saje.belum kisah di asrama, di kelas lagi..... tu lain kali kite cerite oke. doakan Aisyah! ada 8bulan lagi kene tempuh. Nak anak yang soleh/solehah, kena usaha untuk jadi ummi dan ayah yg soleh. InsyaAllah, you're going to be role model to your little caliph. so, Aisyah doakan kalian yg belum disahkan berbadan dua. semoga Allah murahkan rezeki kamu semua untuk ada cahaya mata. SOLAT kunci utama dalam rumahtangga. antara tips yg Aisyah cuba amalkan, doakan untuk orang lain yg belum mengandung untuk punya zuriat juga. seperti keluarga yg terdekat dengan kita.. Mendoakan orang lain tanpa diketahui oleh orang tersebut merupakan salah satu doa yang dimakbulkan... wallahu a'lam bish shawab.


*mekasih pada pemberi hadiah kawin baby wear set
*mekasih suami, belikan buku pa&ma dan diari hamil

Untuk Muhammad Auzaie....

Bismillah


di dalam kad kahwin Aisyah, tertera nama Abang,Muhd Auzaie bin Ismail berserta gambar segak abang, mengenakan songkok ditambah pula secubit senyuman manis. Terima Kasih kerana memilih Aisyah untuk menjadi isteri Abang. Mengambil tanggungjawab untuk menjaga Aisyah daripada Mak dan Abah satu pengorbanan yang sangat besar buat Aisyah. Doakanlah agar isterimu ini menjadi seorang yang tahu berterima kasih dan membalasi kebaikan darimu. Moga moga Aisyah dari kalangan wanita yang pandai memberi harga kepada seorang yang bernama suaminya.


Allah tidak pernah menjanjikan kehidupan yang mudah tapi Allah menjanjikan walau seberat mana ujian dan dugaan, dia tetap bersama kita. Ujian dan dugaan membuat kita menjadi lebih kuat. Hidup tidak selalu menyenangkan. tetapi kehidupan adalah sebuah perjalanan. Bila Allah kurniakan cinta, peliharalah dengan Iman dan bawa dalam Rumahtangga, insyaAllah Allah berkati kita. Rumahtangga itu ibarat masjid dan pintu gerbangnya adalah permulaan langkah untuk mencari keredaan Allah di dunia dan di akhirat. Aisyah berharap, akan tersemat di hati Abang.. hanya Aisyah untuk selamanya. INGAT, pesanan isteri berkali kali. sebelum melakukan sesuatu perkara bayangkan muka insan insan yg paling kita sayang, contohnya Mak Ayah kita. bayangkan, betapa kecewanya jika mereka mendapat tahu keburukan yang telah kita lakukan terhadap mereka. 


 Abang lelaki terhebat yg penah hadir dlm hidup Aisyah... Abang banyak memberi kata kata nasihat & semangat dekat Aisyah bile Aisyah rasa down.. Abang sentiasa berada di mana Aisyah berada! Abang tak pernah tinggalkan Aisyah sendirian... itu yg membuatkan Aisyah sangat sangatt jatoh cinta dengan Abang sehingga ke hari ini! nak membina baitul muslim ni, bukan perkara main main, semoga kita dilimpahi rahmatnya.


Mungkin kasih sayang ini masih tidak direncanakan sepenuhnya kerana masa dan jarak memisahkan kita buat seketika. Aisyah pasrah jika hidup ini ditakdirkan sebegini. Bertahanlah seketika, cinta jarak jauh ini mengajar kita erti SETIA. Allah bagi masa untuk kita saling merindu!
Sambutlah kasih sayangku dari jauh ini, Loves Humaira



#Perkongsian : Tentang aku, dan Niqab

Bismillah,



ini adalah perkongsian daripada belog, nak tahu lebih lanjut sila ke : 
http://inaachik.blogspot.com/2014/01/tentang-aku-dan-niqab.html
maaf andai tulisan luahan hati saya ini mengundang rasa kurang enak di antara sahabat saya di sini. ini adalah tentang apa saya rasa.

setahun lalu...
keinginan berniqab melonjak-lonjak. tiap kali melihat wanita2 yg berniqab, aku lihat mereka sgt cantik dan sempurna. sentiasa bisik kat hati... bila aku nk mcm mereka, perpakaian sunnah para nabi dan sahabat.pernah satu masa... menangis-nangis telefon suami ingin berkongsi apa saya rasa... dan sbg suami, dia menyokong jika itu yg terbaik. cuma nasihatnya:
"abg tak kisah... cuma, abg tak nak isteri buat yg sunat hingga pinggir yg wajib. adlh jauh lebih baik, mantapkan yg wajib, kemudian susuli dgn sunatnya. tp apa2, pun... abg menyokong apa pun keputusan isteri." (macam suami Aisyah pesan juge, mase Aisyah tanya die tentang Niqab)

kata2 suami, buat saya berfikir semula:
"aku yg wajib ni pun masih terkontang kanting... mampu ke nak bawak pakaian sunnah?"



dlm masa yg sama, di sisi yg lain:
"kalau niqab ini boleh motivasikan aku jadi lebih baik, kenapa tidak?! pakaian yg mendidik diri lebih menjaga adab2 dan of course lebih memotivasikan di sudut ibadah. dah pakai niqab haruslah beri teladan yg lebih baik... kamu kan sdg bawa pakaian isteri para nabi dan sahabat..."

fikiran dari 2 buah sisi pemikiran yg berbeza bermain di fikiran. aku taknak memakai hanya krn ikutan. dan aku taknak pakai on-off seolah - olah persendakan pakaian mulia ini. dan paling penting, aku taknak jatuhkan kemuliaan pakaian ini dgn memakai tanpa ilmu. tatacara berpakaian dgn niqab dgn betul. masih berpakaian berwarna warni yg striking... fesyen yg tah hape2... bukankah berniqab itu utk mengelakkan pandangan ajnabi...

timbul pula geng2 niqabista yg saya harap memberi semangat utk aku berniqab tapi hal sebaliknya berlaku. jujur kata, saya tidak boleh menerima geng2 niqabista yg terlebih dlm berfesyen. cuba pergi majlis2 maulid... dibanjiri geng2 niqabista yg pada padangan saya lebih kpd fesyen. duduk sekelompok geng2 mereka, berborak hingga mengabaikan adab2 di majlis ilmu. dgn fesyen tudung x cukup labuh... fesyen niqab yg disepit ke kiri/kanan ala2 rambut mengurai... belum lagi yg berniqab dgn kaler yg aum2... paling tak boleh diterima akal jahil saya bila niqabis bertudung dan berniqab merah menyala...

bukan aku mencari salah mereka utk tutup kelemahan aku. tidak sama sekali. tapi aku takut aku tak mampu menjaga hati dan jadi seperti segelintir dr mereka ini. aku taknak kelemahan aku menjadi titisan nila yg mengotorkan putihnya susu.

sampailah aku pergi menunaikan umrah. aku mengambil peluang itu utk berniqab di Mekah. sepanjang tempoh itu, aku bisikkan... kalau kamu berjaya kat sini, insyaAllah kamu mampu utk istiqamah bila blk nanti azlina. ternyata, aku tak mampu. yer, aku tak mampu atas kelemahan imanku.

baru2 ni kawan niqabis bertanya: "awk taknak pakai niqab?"
jawapan aku: "buat masa skrg, tak kot... skrg, cukup saya usahakan mantapkan yg wajib ni dulu."

byk lagi sunnah / sunat yg dituntut seperti solat2 sunat, duduk ketika minum, apa sahaja ke mulut dgn tgn kanan, selawat, zikir, adab tidur, masuk rumah, dan segala sunnah lain dlm kehidupan harian ni pun masih tak mampu nk jaga dgn sempurna...

buat sahabat niqabis saya... kalian wanita cantik yg amat saya kagumi. masih bisa berpakaian sunnah di akhir zaman ini. saya kagum dgn kalian... kalian cantik yg benar2 cantik.
#jangankeranakejaryangsunatyangwajibdipandangremeh

hakikatnya kita semua bukan sempurna mana, mesti ada kesilapan...

Sarung Kaki Projek

Bismillah



Allah lame menyepikan, bukan ape busy semester akhir. tapi dalam2 busy, ade juge perkara yg bermanfaat untuk diisi. antaranya event Sarung Kaki Projek yg ke-2 akan berlangsung di Dataran MBMB Melaka pada, 16.3.2014. 

 

InsyaAllah after melaka, beberapa negeri lain akan menyusul pula. oleh kami sangat2 perlukan support dari kalian semua untuk menjayakan misi ini. Mungkin objektifnya tidaklah sehebat program2 besar yang lain tetapi besar harapan kami dengan event ini, ada insan2 yang terbuka hati nak berhijrah ke arah yang lebih baik. Sama2 kita doakan ya! 

SKP berpeluang menjelajahi negeri melaka.bertemu dengan warga melaka dan memberi peluang kepada warga2 melaka untuk bersama kami insyaALLAH.

macam mana kami boleh ke melaka plak dah nie???

Alhamdulillah , ALLAH telah temukan kami dengan sahabat dari SIGMA Melaka. Mereka telah mengajak pihak SKP untuk berkolaborasi bersama untuk berada di medan lapangan Melaka. SIGMA adalah badan yang berada di bawah NGO GAMIS di mana pengerakknya adalah diantara mahasiswa-mahasiswa di seluruh IPTA/IPTS di sekitar melaka. SIGMA memfokuskan kepada wanita dan sebab itu lah mereka mengajak kami bersama-sama. Big Applause for them! 

 Pada 25 DIS lalu , kami telah melaksanakan project pertama di sekitar Masjid Jamek , Jalan Tar dan Sogo . Alhamdulillah sambutan sgt menggalakkan !! Target stokin yg kami mahu pada project itu ialah 1000 pasang sahaja . Alhamdulillah Allah murahkan lagi rezeki SKP dgn menghadirkan insan insan yg bermurah hati menyumbangkan lagi duit dan sarung kaki pada kami . Jadi , total sarung kaki yg kami edarkan pada hari itu ialah 1502 pasang !! Ma syaa Allah !!
 

Throwback "THE WALIMAH"

Bismillah

sekitar Majlis Walimah Aisyah dan Auzaie. 
Saat lafaz akad dilafazkan, saat si putera mahu menyarungkan cincin, saat sang puteri menggigil tangannya untuk disarungkan cincin dan bersalaman dengan putera yang sangat asing padanya, saat setiap orang yang hadir melihat titisan airmata si Abah yang susah menyerahkan tanggungjawab puteri hatinya kepada si putera, saat sang Ibu menghabiskan bait bait kata amanah buat anaknya, saat itu juga hatiku menangis keharuan. kini aku sedang melihat sebuah kisah cinta yang teragung.Kisah cinta yang teragung yang hanya boleh dialami oleh orang orang yang menjaga batasan dan menjalinkan hubungan kerana Allah serta mengikut syariat yang ditetapkan-Nya.
Aku akan menjadi milik lelaki yang asing dalam hidupku. Amanah, tanggunggjawab, cinta semuanya akan jadi milik lelaki itu. Aku tidak akan lagi mampu berpaling dari masa depan yang tersurat dan tersirat antara aku dan dia. Aku akan bersamanya, untuk menuju ke syurga. Aku akan melahirkan generasi yang akan menjadi pemimpin-pemimpin Islam. Layakkah aku menjadi ibu mereka? Sudahkah aku bersedia? Saat lafaz akad dilafazkan, aku cuma mampu berfikir, “Allah, sediakah aku? Bercinta demi Mu Ya Allah?” Saat si putera mahu menyarungkan cincin, aku boleh bayangkan gementarnya sang putera untuk menyentuh dirikui di sebalik senyumannya yang bersahaja. Aku boleh lihat, seolah olah beribu bebanan terletak pada bahu lelaki itu sekarang. Dia akan menjadi ketua keluargaku, isteri itu amanahnya, mungkinkah aku menerimanya? Adakah hidupku akan lebih bahagia, adakah dia mampu membahagiakanku, adakah cintanya akan membimbing sampai ke syurga? Saat si putera mahu menyarungkan cincin. Saat bersentuhannya kulit untuk kali pertama, seolah-olah saat itu memberi amaran, “Ini amanahmu untuk kau bimbingnya hingga ke syurga.”
Saat diriku menggigil bila disarungkan cincin dan bersalam dengan putera , aku membayangkan. Adakah lelaki ini menjadi pemilik ku? Adakah lelaki ini sudah sah untukku? Adakah aku mampu menjadi seorang isteri yang baik? Adakah dia akan terima kekuranganku? Adakah aku sudah bersedia? Debaran makin memuncak. Aurat, aib, tubuh badanku yang aku jaga selama ini akan menjadi milik seorang lelaki dengan sekadar akad dan mas kahwin yang serba sederhana mengikut syariat-Nya yang indah tersusun. Adakah aku sudah bersedia memberi sepenuh hati dan sayang pada lelaki ini?Saat setiap insan yang hadir melihat titisan air mata sang Abah bila menyerahkan tanggungjawabnya kepada sang putera. Hati ku terusik. 
saat air mata si Abah menitis, aku meraung dalam hati. Benarlah dan terbuktilah, bahawa cinta Abah itu sangat hebat. Cinta seorang Abah. Hargailah selagi ada insan bernama Abah. " Abah terima kasih kerana dengan tanganmu sendiri, Abah menyambutku ke dunia, Abah membelaiku dengan kasih sayang, Abah memberi ciuman cinta yang tidak terbanding dan terima kasih Abah, kerana menjaga aku sebaik baiknya hingga aku dewasa.
Saat menunggu bait bait amanah seorang Ibu habis disampaikan, aku melihat ketabahan di sebalik suara yang rendah dan bergetar itu. Aku tahu, hatinya kacau. Seolah olah, baru semalam puterinya dilahirkan, dan hari ini anaknya sudah bergelar isteri orang. Betapa, di sebalik bait kata yang disampaikan, aku merasa seribu satu pengharapan sang ibu padaku, agar menjaga maruah keluarga, agar menjadi isteri yang solehah, dan ibu yang baik kelak. Dia nampak tenang. Tapi di matanya jelas seribu satu cinta dan sayang yang terpendam. Anaknya, sudah milik orang...
AisyahHumaira,GeniusMukmin.com