sekitar Majlis Walimah Aisyah dan Auzaie.
Saat
lafaz akad dilafazkan, saat si putera mahu menyarungkan cincin, saat
sang puteri menggigil tangannya untuk disarungkan cincin dan bersalaman
dengan putera yang sangat asing padanya, saat setiap orang yang hadir
melihat titisan airmata si Abah yang susah menyerahkan tanggungjawab
puteri hatinya kepada si putera, saat sang Ibu menghabiskan bait bait
kata amanah buat anaknya, saat itu juga hatiku menangis keharuan. kini aku sedang melihat sebuah kisah cinta yang teragung.Kisah
cinta yang teragung yang hanya boleh dialami oleh orang orang yang
menjaga batasan dan menjalinkan hubungan kerana Allah serta mengikut
syariat yang ditetapkan-Nya.
Aku
akan menjadi milik lelaki yang asing dalam hidupku. Amanah,
tanggunggjawab, cinta semuanya akan jadi milik lelaki itu. Aku tidak
akan lagi mampu berpaling dari masa depan yang tersurat dan tersirat
antara aku dan dia. Aku akan bersamanya, untuk menuju ke syurga. Aku
akan melahirkan generasi yang akan menjadi pemimpin-pemimpin Islam.
Layakkah aku menjadi ibu mereka? Sudahkah aku bersedia? Saat lafaz akad
dilafazkan, aku cuma mampu berfikir, “Allah, sediakah aku? Bercinta demi
Mu Ya Allah?” Saat
si putera mahu menyarungkan cincin, aku boleh bayangkan gementarnya
sang putera untuk menyentuh dirikui di sebalik senyumannya yang
bersahaja. Aku boleh lihat, seolah olah beribu bebanan terletak pada
bahu lelaki itu sekarang. Dia akan menjadi ketua keluargaku, isteri itu
amanahnya, mungkinkah aku menerimanya? Adakah hidupku akan
lebih bahagia, adakah dia mampu membahagiakanku, adakah
cintanya akan membimbing sampai ke syurga? Saat si putera mahu
menyarungkan cincin. Saat bersentuhannya kulit untuk kali
pertama, seolah-olah saat itu memberi amaran, “Ini amanahmu untuk kau
bimbingnya hingga ke syurga.”
Saat diriku menggigil bila disarungkan cincin dan bersalam dengan
putera , aku membayangkan. Adakah lelaki ini menjadi pemilik ku? Adakah lelaki ini
sudah sah untukku? Adakah aku mampu menjadi seorang isteri yang baik?
Adakah dia akan terima kekuranganku? Adakah aku sudah bersedia? Debaran
makin memuncak. Aurat, aib, tubuh badanku yang aku jaga selama ini akan
menjadi milik seorang lelaki dengan sekadar akad dan mas kahwin yang
serba sederhana mengikut syariat-Nya yang indah tersusun. Adakah aku
sudah bersedia memberi sepenuh hati dan sayang pada lelaki ini?Saat
setiap insan yang hadir melihat titisan air mata sang Abah bila
menyerahkan tanggungjawabnya kepada sang putera. Hati ku terusik.
saat air mata si Abah menitis, aku meraung dalam hati. Benarlah dan terbuktilah, bahawa cinta Abah itu sangat hebat. Cinta seorang Abah. Hargailah selagi ada insan bernama Abah. " Abah terima kasih kerana dengan tanganmu sendiri, Abah menyambutku ke dunia, Abah membelaiku dengan kasih sayang, Abah memberi ciuman cinta yang tidak terbanding dan terima kasih Abah, kerana menjaga aku sebaik baiknya hingga aku dewasa.
Saat
menunggu bait bait amanah seorang Ibu habis disampaikan, aku melihat
ketabahan di sebalik suara yang rendah dan bergetar itu. Aku tahu,
hatinya kacau. Seolah olah, baru semalam puterinya dilahirkan, dan hari
ini anaknya sudah bergelar isteri orang. Betapa, di sebalik bait kata
yang disampaikan, aku merasa seribu satu pengharapan sang ibu padaku, agar menjaga maruah keluarga, agar menjadi isteri yang solehah,
dan ibu yang baik kelak. Dia nampak tenang. Tapi di matanya jelas seribu
satu cinta dan sayang yang terpendam. Anaknya, sudah milik orang...
AisyahHumaira,GeniusMukmin.com