awal pagi cantiklah suasana kan kan :) dengan alunan zikir zikir terapi.. pink biru!! orang kate tema aiskem paddle pop! 12khemah bayangkan. puas hatilah dengan catering dari Santapan Impian. terime kasih Chef! dan wedding ini ada 4buah gerai yg akan menjamu para tetamu yg hadir :) gerai keropok lekor fresh dari keluarga angkat Aisyah dari Terengganu. gerai air buah buahan. gerai pau bewarna warni. gerai roti canai. termasok candy buffet,ayam golek, serta BBQ Kambing.. istimewa dari Chef. Chef bertungkus lumus masak nasi termasok saudara mara yg memberikan perkhidmatan yg terbaik! tapi Majlis tetap berjalan dengan sempurna dan jayanya! perkahwinan ditaja 100% dari Mak dan Abah itu hadiah kawin paling bermakna.
pakaian yang simple dan menutup aurat itu pilihan utama Aisyah. that's my dress which I designed sendiri. baju nikah+sanding+tudung labuh+shawl labuh paras pinggang. memang ada kenyataan yg mengatakan simple sangat. ya Allah, redha Allah lagi penting dari Redha manusia. make up yg sederhana dan natural pilihan utama.. orang bukan nak kira semua tu. yg penting dalam majlis kenduri kendara lauk pauk mesti cukup. puas hati bila tetamu yg hadir tu makan. yg penting AKU TERIMA NIKAHNYA. masa akad nikah hmm banyak kantoi dekat Abah. haha, Abah pulak yg nebes lebih. huhu. akhirnya kami sah jadi suami isteri. lepastu buat pertama kalinya diimamkan En.Suami. memang tak sangka jugak. " eh die ni betol ke boleh jadi imam aku ni? boleh ke ajar aku,bimbing aku.dulu masa mule mule kenal perangai.. Ya Allah. " tapi sekarang En.Suami yg banyak bimbing. sampai ditanya maksud Surah Al-Fatihah. huhhh bepoloh poloh den. so sangat seronok kawin ni. lelaki dan perempuan memang tak dapat dipisahkan dan saling memerlukan.
sekarang nak pegang tangan, nak berdua dua semua boleh. hihi. lagi best bile Suami tegur kita. kita kene ikot dan akur segalanya. nak jadi isteri cerdik yg solehahkan??? soal belajar pule.. Aisyah habis study tahun depan bulan 6. kahwin sambil belajar ni ibu bapa Aisyah masih tak lepaskan tanggungjawab macam tu je 100% pada En.Suami. kami tak duduk sama, lagipon En.Suami kerja di Damansara. huhh memang taklah kan nak ulang alik ni. jadi Abah memang sentiasa ada disisi. bukan setakat kahwin dah lepas tanggungjawabnya kan. kira Abah ni sangat sangat menunjukkan sikap tanggungjawabnya. Aisyah akan bergilir gilir lah minggu ni dekat KL, minggu depan N9. macam tu lah seterusnya sampai tamat pengajian. indahkan, tapi sebelum nak kahwin perlu fikir baik baik ye. percayalah, perkahwinan ini sungguh indah. bila Aisyah dekat KUIM menebalnya rindu ni. rindu masa zaman bujang tak sama macam rindu dah kawin ni tau. HALAL+PAHALA. kalah cerita vanilla coklat, SSID, orang yg dah kawin je yg tahu ERTI ROMANTIK dan SWEET tu.
dan dan, Thank you soooo much for everyone who came. YOU GUYS MADE MY DAY! Thanks
to our families who always support us and help us in anything. Thank you for everyone for the prayers and wishes.
Thank you,just thank you so much. tunggu sambungan yeee. ni pon gambar gambar dari mertua.