tutorial PERTAMA saya (tudung bawal)

Bismillah..

bersua kembali :) Ikhlas jalani hari ini, serahkan hal-hal yg berada diluar kemampuan awak pada Tuhan, dan yakinlah bahawa yg awak dapatkan adalah yg terbaik. ini adalah tutorial pertama Aisyah. dengan keizinan dari bakal Suami.sebab lepasni dia akan take over tempat Abah. kenapa bukan Video? sebab Aisyah segan lah, segan, eh buat gwiyomi? eh merepek jer! sebelum tu, nak minta maaf sebab kadang-kadang Aisyah tak balas PM,INBOX,MESEJ awak semua sebab Aisyah busy lagi-lagi nak kawin,lepas tu Final lagi hari tu, kadang-kadang Aisyah tak tahu nak jawab apa dan ajar ape...
disebakan kesian dan sayang kan kaum WANITA ini, Aisyah korbankan segalanya sebab awak dah NIAT nak pakai labuh-labuhkan. Aisyah dapat pahala,awak turut dapat pahala, kerana Aisyah berkongsi sedikit ilmu ni. bukan nak BOIKOT tudung bawal, tudung bawal ada cara khas nak pakai supaya awak semua rasa lebih selesa,labuh... Don't ever say that wearing tudung labuh seen like ewww. When you wear that hijab, you will feel that you want to wear again again and again. rasa macam tak selesa bile tak pakai labuh + longgar.
awak semua nak tahu, Aisyah cakap sendiri dengan bakal Suami. " awak, saya bertudung labuh. perlu hormati saya.jadi macam tak manis kalau kita terus bercinta-cinta ni.nanti orang kata apa.kawan-kawan saya kata ape.saya ambil Cos Agama.kadang saya segan,takot dengan apa yg saya buat. kalau awak betul-betul sukakan saya dan serius kita kahwin jer lah " Alhamdulillah! Allah melindungi Aisyah. bahagia! tidak lagi bergayut,bercall,bermesej..... eh2 tengok suke lari topik. kadang-kadang manusia ni, ade aje bende tak kena kan kan. MENUNJUK? kadang-kadang manusia suka meluahkan sesuatu bukan secara yg berdepan-depan.. mereka lebih suka meluahkan tanpa orang-orang disekeliling. macam awak UPDATE BLOG,UPDATE STATUS,TUKAR PROFILE,UPLOAD GAMBAR DI FB.. tu nama dia ape? tunjukkan. jadi niat kene betol, sekadar perkongsian :)

FIRST, awak kalau nak pakai tudung bawal.. pakai dengan INNER sekali. kalau boleh inner mesti bawah paras dada. sebab kadang-kadang tudung bawal ni jaranglah wak! dulu Aisyah tak tahu, Aisyah pelik jugak. sebab nampak Ustazah Aisyah pakai tudung due lapis. dah kenapa Ustazah ni.last-last baru tahu tu Inner.hehe. TAKE NOTE !! okay lipat tudung bawal masok bahagian dalam, sedikit saje k :) lepas tu letak dekat kepala dan adjust sikit.. tudung bawal tu,yg bahagian belakang tu sampai paras punggung ke tak? biasanya Aisyah pakai paras tu.....
lepastu, akan jadi macam ni taw.. tengok eii tah pape kan.haha. bahagian depan jadi singkat.bahagian belakang jadi labuh. 
dan, tarik bahagian dalam tu. Aisyah selalu tarik belah kanan bawak belah kiri..kalau nak tukar mana pon boleh.ikut keselesaan...
 
pastu PIN(keronsang) ajer kat bawah telinga tuh.. jangan tinggi-tinggi sangat. pilih PIN yg comel-comel yer :)
bile dah PIN akan jadi macam ni.... lepastu yg belah kiri tu awak masokkan ke bahagian dalam sikit..masokkan kat bawah tudung belah kanan tu.kemaskan.. dan PIN bahagian dalam..
how beautiful you are when you're wearing "tudung labuh"...
 biar biasa-biasa janji luar biasa disisiNya.. :)
selamat mencuba :)