untuk sebulan ini

Bismillah

Alhamdulillah, hampir sebulan kahwin. 8.7.2013 yg jatuh pada hari isnin ni. dan Terima Kasih Allah.Tahun ini RAMADHAN Aisyah bersama keluarga baru.Buat pertama kalinya ramadhan Aisyah bersama suami. Makin DIA beri, makin kita syukur. Sedikit atau banyak tak penting, yang penting syukurilah. Bila dah jadi suami isteri kepercayaan , kejujuran , keikhlasan, pengorbanan dan saling menghormati sangat penting sekali . Baru lah bahagia. banyak perkara baru yg Aisyah belajar dalam rumahtangga. bukan senang untuk bina rumahtangga ni. no money, no talk lah. hehe. Ingat. Bahagia itu bila Allah beri kita bahagia. Bukanlah bahagia itu dari suami. Bukan dan bukan :)bagi Aisyah, Abah dan Mak dah decide sesuatu yg terbaik buat Aisyah. sesuatu yg indah dan halal. Allah bagi cash pahala buat Mak dan Abah. hm sangat sangat bersyukur, dikurniakan suami yg cukup pakejnya. beragama, solat, pandai mengaji, imamkan, bace doa, tazkirah tazkirah sekadar pengetahuan, hadis, malah Aisyah yg terkejut.. bila Aisyah terangkan yg Ayat al-Quran,hadis hadis ni bukan suka suka guna pakai. sebaliknya suami yg terangkan pada Aisyah apakah maksud disebalik makna ayat. huhhh, memang tak jangka. sebab, pada Aisyah suami Aisyah ni orangnya biasa biasa je. tu lah bila kita dah kahwin baru kita kenal siapa pasangan kita, perangai dia, dia tidur macam mana, kelakuan dia....
 Aisyah faham perasan adik adik, kawan kawan Aisyah dalam bercinta dan berkeinginan untuk berkahwin.sayangg, kena kuat ye! kita hidup ni memang penuh dengan ujian,dugaan dan godaan dunia. Allah takkan bagi cash untuk bahagia terus. sepanjang untuk melangkah ke alam perkahwinan, dan punya Suami. Aisyah diuji dengan ujian yg amat pedih dan tidak tertanggung rasanya. PUTUS TUNANG itu ibarat satu kaki pon putus jugak. sebab bila dah bertunang kaki sebelah kira dah melangkah ke seterusnya. masa tu, dialah insan yg paling Aisyah sayang sepenuh hati. sekarang baru Aisyah faham. jangan memberi cinta dan sayang itu sepenuh hati. dekat Allah tak ape. kalau Aisyah tak putus tunang lah kan. Aisyah takkan berubah seperti sekarang. tiba tiba Allah ketuk pintu hati untuk berubah bila kaki melangkah ke KUIM. indah sangat diawal perubahan. belajar cara cara untuk menjadi wanita yg dihormati, yg disegani. indah sangat. tenang dan damai. tak ape. slow slow ye, jangan memaksa diri. nanti awak semua yg akan follow pelan pelan. InsyaAllah. Hidayah milik semua. siapa kata Aisyah tidak pernah memakai seluar jeans ketat, siapa kata Aisyah tidak pernah bersanggul di kepala ibarat bonggol unta tu. hehe. bukan mengaibkan diri. past is past. ini adalah perkongsian buat mereka yg ingin bermujahadah.
 dan untuk sebulan ini, Subhanallah. masa begitu padat. diisi dengan waktu waktu yg bermanfaat. hari biasa TITLE seorang pelajar . weekend TITLE seorang isteri. bila dekat hostel Aisyah takkan campur adukkan pelajaran dan rumahtangga. weekend baru fokus pada rumahtangga. masa tulah nak jaga suami, mengemas, memasak(baru nak belajar sikit sikit hahah) komunikasi dengan suami, berjemaah bersama, beriadah dan segala yg berkenaan. bila suami tidur masa tulah on lappy cari bahan Assignment. taknak campurkan pelajaran dan rumahtangga. hidup kita ni mesti kena ceria jer. no tension tension. dalam hal rumahtangga yg paling banyak aturkan adalah suami. kene ingat ye, lelaki. fokus fokus. anda adalah ketua. jadi suami Aisyah yg merancang dan mengaturkan segalanya. tugas Aisyah adalah belajar sahaja. sebab tu nak kawin awai awai ni, kawin mase belajar. salah sorang mesti bersikap matang ye anak anak. ibu bapa pon mainkan peranan juga. kedua belah keluarga 

Aisyah saling faham memahami dan memberi komitmen yg baik.ya Allah bertuah rasanya." jangan sesekali menipu dalam rumahtangga. setiap perkara semua mesti jujur.tak ada privacy2 dah dalam berumahtangga " Sentiasa cuba tingkatkan kebaikan dalam rumahtangga, insyaAllah Allah tambah kebaikan. kita wanita kena ingat juga, sentiasa perbaiki diri. kadang kadang kita ada terkasar dengan suami. mungkin tanpa kita sedar dan tak sedar. cara kita cakap tu pon dah membuatkan dosa jika kita bercakap kasar dengan suami. sentiasalah kita perbaiki diri. solat,aurat jangan abaikan. setiapa hari cuba perbetulkan niat kita. Want to make the most of both world, make the most for yourself first, perbaiki diri sendiri, langkah asas! Kalau ada orang kata, "Kau ni bajet alim,bajet pandai ilmu agama.." Jawab saja, "Sekurangnya aku cuba perbaiki diri :) Perbaiki diri. Tapi JANGAN jatuhkan orang lain. most important ok. terime kasih sayang, atas segala yg awak berikan untuk sebulan ini. "Ya Allah Ya Rabbi, jadikanlah keluargaku, keluarga yang sakinah mawaddah wa rahmah."