hello PRAKTIKAL

Bismillah

Alhamdulillah syukur nikmat. To all my muslim frens. Selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak. Moge ramadhan kali ini lebih barakah. Ramadhan yg Aisyah harap tahun ini bermakna dan sangat bermakna for me n for my husben. yeayyy syukur sangat. PRAKTIKAl dah settle. akhirnya Aisyah DITERIMA dan DILULUSKAN di TELAGA BIRU. sementara kawan kawan yg lain menanti sebuah jawaban. InsyaAllah korang dapat punyer. banyak jugak halangan mase nak apply praktikal ni. mule mule Ustaz tak nak bagi taw. sangat sangat hepi bile same tempat keje dengan En.Suami. bukan berkepit sentiasa, cume yerlah Aisyah rasa selesa dengan mereka. lagipun Aisyah dah kenal mereka mase ke wedding Sahabat En.Suami. Aisyah suke dengan suasana bekerja disana.

selalu dengar En.Suami jer cerite. lagipon Ustaz Ustaz Aisyah yg lain pon kate ok dan bagus company ni. bukan kerana ada Suami Aisyah disana. apa yg Aisyah boleh kongsi, company yg mengamalkan pentadbiran yg sistematik dan islamik. bukan nak kata ia hebat. tapi Aisyah lebih selesa dengan suasana begini. mereka mengasingkan staf lelaki dan perempuan, sebelum bermulanya operasi adanya Solat Dhuha dan Tazkirah, terime kasih Ustaz Zahazan kerana MELULUSKAN permohanan ni. InsyaAllah akan cuba buat yg terbaik di dalam Latihan Amali, dan Pembentangan Kertas projek nanti.

pada En.Suami tq so much sebab bersungguh sungguh mencarikkan tempat praktikal walaupun kite sama tempat keje. InsyaAllah akan cuba yg terbaik, bersungguh sungguh. elaun? takpe itu tolak tepi sebab Aisyah tak kisah tentang bahagian itu. apa yg penting PENGAlAMAN dan apa yg dipelajari. input yg boleh kite dapat. Aisyah dah pernah bekerje. pernah pegang duit sendiri. jadi ia tidak kekok bagi Aisyah untuk lebih Positif ke hadapan. kita berpraktikal bukan kerana Elaun. teringat kata kata dan pesanan Ustaz Aisyah dekat dunia ada 4 perkara yg tidak pernah kenyang dengan 4 perkara antaranya adalah ILMU.  teringin untuk menjadi seorang wanita yg hebat. hebat terhadap diri sendiri, hebat di dalam Agama, hebat di dalam pelajaran, hebat di dalam kerjaya. dan sekarang kita sebagai student perlu letak matlamat dan hala tuju yg seterusnya. lepas ni kemana kita akan melangkah ILMU tu lebih besar daripada DIPLOMA dan segalanya.

 

" Awak, kerja kerja jugak.tapi, ingat juga Allah tau! 
Sebab, bila awak ingat Allah, insyaAllah Dia akan bantu mudahkan kerja kita."
# Note-to-self-