Untuk Muhammad Auzaie....

Bismillah


di dalam kad kahwin Aisyah, tertera nama Abang,Muhd Auzaie bin Ismail berserta gambar segak abang, mengenakan songkok ditambah pula secubit senyuman manis. Terima Kasih kerana memilih Aisyah untuk menjadi isteri Abang. Mengambil tanggungjawab untuk menjaga Aisyah daripada Mak dan Abah satu pengorbanan yang sangat besar buat Aisyah. Doakanlah agar isterimu ini menjadi seorang yang tahu berterima kasih dan membalasi kebaikan darimu. Moga moga Aisyah dari kalangan wanita yang pandai memberi harga kepada seorang yang bernama suaminya.


Allah tidak pernah menjanjikan kehidupan yang mudah tapi Allah menjanjikan walau seberat mana ujian dan dugaan, dia tetap bersama kita. Ujian dan dugaan membuat kita menjadi lebih kuat. Hidup tidak selalu menyenangkan. tetapi kehidupan adalah sebuah perjalanan. Bila Allah kurniakan cinta, peliharalah dengan Iman dan bawa dalam Rumahtangga, insyaAllah Allah berkati kita. Rumahtangga itu ibarat masjid dan pintu gerbangnya adalah permulaan langkah untuk mencari keredaan Allah di dunia dan di akhirat. Aisyah berharap, akan tersemat di hati Abang.. hanya Aisyah untuk selamanya. INGAT, pesanan isteri berkali kali. sebelum melakukan sesuatu perkara bayangkan muka insan insan yg paling kita sayang, contohnya Mak Ayah kita. bayangkan, betapa kecewanya jika mereka mendapat tahu keburukan yang telah kita lakukan terhadap mereka. 


 Abang lelaki terhebat yg penah hadir dlm hidup Aisyah... Abang banyak memberi kata kata nasihat & semangat dekat Aisyah bile Aisyah rasa down.. Abang sentiasa berada di mana Aisyah berada! Abang tak pernah tinggalkan Aisyah sendirian... itu yg membuatkan Aisyah sangat sangatt jatoh cinta dengan Abang sehingga ke hari ini! nak membina baitul muslim ni, bukan perkara main main, semoga kita dilimpahi rahmatnya.


Mungkin kasih sayang ini masih tidak direncanakan sepenuhnya kerana masa dan jarak memisahkan kita buat seketika. Aisyah pasrah jika hidup ini ditakdirkan sebegini. Bertahanlah seketika, cinta jarak jauh ini mengajar kita erti SETIA. Allah bagi masa untuk kita saling merindu!
Sambutlah kasih sayangku dari jauh ini, Loves Humaira