#Perkongsian : Tentang aku, dan Niqab

Bismillah,



ini adalah perkongsian daripada belog, nak tahu lebih lanjut sila ke : 
http://inaachik.blogspot.com/2014/01/tentang-aku-dan-niqab.html
maaf andai tulisan luahan hati saya ini mengundang rasa kurang enak di antara sahabat saya di sini. ini adalah tentang apa saya rasa.

setahun lalu...
keinginan berniqab melonjak-lonjak. tiap kali melihat wanita2 yg berniqab, aku lihat mereka sgt cantik dan sempurna. sentiasa bisik kat hati... bila aku nk mcm mereka, perpakaian sunnah para nabi dan sahabat.pernah satu masa... menangis-nangis telefon suami ingin berkongsi apa saya rasa... dan sbg suami, dia menyokong jika itu yg terbaik. cuma nasihatnya:
"abg tak kisah... cuma, abg tak nak isteri buat yg sunat hingga pinggir yg wajib. adlh jauh lebih baik, mantapkan yg wajib, kemudian susuli dgn sunatnya. tp apa2, pun... abg menyokong apa pun keputusan isteri." (macam suami Aisyah pesan juge, mase Aisyah tanya die tentang Niqab)

kata2 suami, buat saya berfikir semula:
"aku yg wajib ni pun masih terkontang kanting... mampu ke nak bawak pakaian sunnah?"



dlm masa yg sama, di sisi yg lain:
"kalau niqab ini boleh motivasikan aku jadi lebih baik, kenapa tidak?! pakaian yg mendidik diri lebih menjaga adab2 dan of course lebih memotivasikan di sudut ibadah. dah pakai niqab haruslah beri teladan yg lebih baik... kamu kan sdg bawa pakaian isteri para nabi dan sahabat..."

fikiran dari 2 buah sisi pemikiran yg berbeza bermain di fikiran. aku taknak memakai hanya krn ikutan. dan aku taknak pakai on-off seolah - olah persendakan pakaian mulia ini. dan paling penting, aku taknak jatuhkan kemuliaan pakaian ini dgn memakai tanpa ilmu. tatacara berpakaian dgn niqab dgn betul. masih berpakaian berwarna warni yg striking... fesyen yg tah hape2... bukankah berniqab itu utk mengelakkan pandangan ajnabi...

timbul pula geng2 niqabista yg saya harap memberi semangat utk aku berniqab tapi hal sebaliknya berlaku. jujur kata, saya tidak boleh menerima geng2 niqabista yg terlebih dlm berfesyen. cuba pergi majlis2 maulid... dibanjiri geng2 niqabista yg pada padangan saya lebih kpd fesyen. duduk sekelompok geng2 mereka, berborak hingga mengabaikan adab2 di majlis ilmu. dgn fesyen tudung x cukup labuh... fesyen niqab yg disepit ke kiri/kanan ala2 rambut mengurai... belum lagi yg berniqab dgn kaler yg aum2... paling tak boleh diterima akal jahil saya bila niqabis bertudung dan berniqab merah menyala...

bukan aku mencari salah mereka utk tutup kelemahan aku. tidak sama sekali. tapi aku takut aku tak mampu menjaga hati dan jadi seperti segelintir dr mereka ini. aku taknak kelemahan aku menjadi titisan nila yg mengotorkan putihnya susu.

sampailah aku pergi menunaikan umrah. aku mengambil peluang itu utk berniqab di Mekah. sepanjang tempoh itu, aku bisikkan... kalau kamu berjaya kat sini, insyaAllah kamu mampu utk istiqamah bila blk nanti azlina. ternyata, aku tak mampu. yer, aku tak mampu atas kelemahan imanku.

baru2 ni kawan niqabis bertanya: "awk taknak pakai niqab?"
jawapan aku: "buat masa skrg, tak kot... skrg, cukup saya usahakan mantapkan yg wajib ni dulu."

byk lagi sunnah / sunat yg dituntut seperti solat2 sunat, duduk ketika minum, apa sahaja ke mulut dgn tgn kanan, selawat, zikir, adab tidur, masuk rumah, dan segala sunnah lain dlm kehidupan harian ni pun masih tak mampu nk jaga dgn sempurna...

buat sahabat niqabis saya... kalian wanita cantik yg amat saya kagumi. masih bisa berpakaian sunnah di akhir zaman ini. saya kagum dgn kalian... kalian cantik yg benar2 cantik.
#jangankeranakejaryangsunatyangwajibdipandangremeh

hakikatnya kita semua bukan sempurna mana, mesti ada kesilapan...