“ibu mithali, isteri sejati”

Bismillah,

Alhamdulillah, kini kembali dalam keadaan diri hampir ke 5 bulan  usia kandungan! Aisyah dapat rasakan kebahagian sepasang suami isteri apabila dikurniakan seorang cahaya mata yang baru, maka lengkaplah sakinah, mawaddah dan rahmah di dalam sesebuah instituasi kekeluargaan. Tidak pernah terlintas dalam kotak pemikiran dan juga gambaran imaginasi tentang kebahagian sebuah keluarga yang dihujani dengan nikmat Tuhan dengan kehadiran seorang insan yang bergelar anak. Meskipun perkahwinan Aisyah di usia yang terlalu muda, dengan izin-Nya Aisyah dapat melalui liku-liku kehidupan berumahtangga begitu sempurna. Pada permulaan perkahwinan yang terpaksa berjauhan seketika bersama suami hampir setahun, ia tidak menghalang Aisyah untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan sebagai pelajar. terbukti juga rezeki-Nya tidak pernah terputus walau seketika sejak kami berkahwin. jika di List kan kenangan pahit serta manis membawa perut ketika zaman belajar dulu, sungguh mencuit hati! dalam tempoh 3 bulan usia kandungan, Aisyah diuji berkali-kali. Suami pula tiada disisi terpaksa hidup berdikari.
walau usia kandungan Aisyah telah masuk 5 bulan, perut  masih tidak nampak seperti wanita hamil. Ramai sahabat-sahabat mengatakan perutku kecil, mudah untuk ku bawa diri sebenarnya. Alhamdulillah. Jika besar, mungkin akan menyukarkan Aisyah untuk bergerak kerana Aisyah sering saja berjalan banyak untuk ke tempat mengajar sekarang ni. dahulu, ketika di tempat belajar pon sama juga. sentiasa banyak berjalan untuk ke kuliah. kadang-kadang rasa tak larat tapi gagahkan diri demi pelajaran! suami sentiasa beri semangat di kejauhan. kenangan-kenangan indah sewaktu final year presentation project, final exam, dan sebagainya bersama Little Caliph sungguh bermakna! The best feeling in the world is this, baby moving around and kicking! sekarang Little Caliph sedu-sedu comel, denyut sane denyut sini! baby sedu nak membesar ye! sungguh nikmat! Aisyah berimpian juga nak jadi superWOMAN Daughter,Wife,Ummi To Be and now i'm a Teacher. mengisi masa yang ada ni, Aisyah bekerja juga tambah-tambah ilmu, bergaul dengan orang ramai, dan sebagainya. ada juga yang beri cadangan supaya Aisyah menguruskan bisnes Online seperti dahulu, hihi bukan tidak mahu. tapi sekarang banyak persaingan dan banyak persamaan. kalau boleh nak buat lain dari lain. InsyaAllah jika diizinkan-Nya, jika idea muncul tiba ia akan terlaksana suatu hari kan.

sebenarnya banyak hikmah bila kita menjadi bakal ibu.1st and foremost mestilah rasa gembira and syukur tidak terhingga. rasa kemanisan perasaan keibuan yang tidak dapat diungkapkan! Perancangan kehidupan ini harus kita rencanakan secepat mungkin bersama suami supaya kita tidak terlalu lama tenggelam tanpa matlamat. Persediaan bergelar ibu, ilmu yang perlu bagi wanita hamil. Walaupun kita merancang keluarga, tapi sangat penting untuk dapatkan ilmu yang secukupnya berkenaan dengan kehamilan. paling penting, plan kewangan serta tempat tinggal yang sesuai. kewangan merupakan perkara paling utama dalam institusi kekeluargaan! ia seharusnya dibincangkan bersama, bukan mengharapkan suami sahaja.ia tanggungjawab bersama. kediaman yang selesa mempengaruhi persekitaran diri kita dan keluarga nanti. Malang bagi wanita yang hidup tanpa matlamat dan tanpa arah tujuan. Jadilah wanita yang produktif dan punya matlamat hidup yang jelas. Jadilah isteri yang hebat, mampu menjadi yang terbaik di rumah dan menyumbang untuk ummah!
Tanggungjawab ini mungkin tidak dapat difahami sepenuhnya oleh seseorang yang masih mentah serta masih bersifat dan berfikiran keanak-anakan. Sedangkan tanggungjawab berumah tangga ini adalah besar, kematangan akal fikiran adalah perlu bagi pasangan untuk menyelesaikan konflik rumah tangga yang mencabar yang bakal dihadapi. Allah sebaik-baik perancang! setiap perancangan-Nya yang penuh dengan hikmah. mungkin perkahwinan di usia muda ini adalah untuk melindungi diriku daripada segala perkara yang tidak baik yang sering diperdengarkan kini. Wanita, jadilah engkau manusia-manusia taat yang mampu menggoncangkan dunia dengan kelembutan! Demi Allah, bila kita akan menjadi seorang ibu, automatik kita akan ingat ibu kita. bagaimana dia melahirkan,membesarkan,mendidik,mengasihi dan sebagainya. kadang-kadang rasa sedih! rasa bersalah! apa yang aku dah buat pada ibu ku??? pernahkah ia terguris, terasa hati dengan ku? masa itu kita akan termenung mengenangkan, sambil mengusap perut, sambil menanggung kesakitan akibat morning sickness. begini rupanya ibu ku sewaktu aku di dalam perutnya. ohh Tuhan! jadi untuk menjadi seorang ibu yang baik mungkin kita boleh mencapainya tetapi untuk menjadi seorang ibu dan isteri yang cemerlang, kita perlu mendalami ilmu keisterian. Oleh itu berusahalah kita seberapa yang boleh untuk menjadi “ibu mithali, isteri sejati”.