Aisyah Wardrobe-2

Bismillah

hai semua, ini tentang fesyen! I would really love to show the world the beauty of aurat. this is my mission completion. hehe. checklist kehidupan Aisyah " nak ada pakaian sendiri,tudung sendiri " bukan ape senang. pilih aje mane nak dan make it. ikut kemahuan dan citarasa sendiri. btw, tudung yg Aisyah pakai ni, adelah hasil rekaan dan ciptaan 100% tuan empunya diri :) actually, Aisyah hanya menggunakan tudung bawal bidang BIASA. Aisyah lebih suke guna tudung bawal ni, sobab.. muke Aisyah terlalu bolat sangat! nanti pakai selendang/shawl. huhh betol betol bolat kauuu. selalunya Asyah akan guna tudung bawal bidang 60,50, dan seterusnya lepastu ikut keselesan nak gayekan macam mane. yg penting tutup bahagian dada+tak jarang. haaa simple je pon. tudung bunge bunge ni jenis kain cotton, betol betol keras kauuu. kene rendam dengan downy biar lembut sikit.haha. Aisyah akan cari corak yg jarang jarang orang akan gune. love it!! sebelum ni paisley kan. jadi Aisyah nak tukar. Aisyah hanya buat 4helai je hari tu sebagai langkah langkah percubaan. kihkihkih. InsyaAllah akan datang ade lagi.... sebab ni nak final lepastu praktikal lagi. yg sempat beli akak ipar dan hadiah untuk kawan mase besday die. bertuah kawan tu kan! hihi. roommate Aisyah.
kali ni pilihan boutique secara online adelah The PINK Dress co. wuhuu!! disebabkan Aisyah sangat sangat sangat menitikberatkan pembelian Dress/Jubah maka belilah secara online untuk hari raya yg lepas. hehe. mase tu ade offer+discount jadi grab it lah. dapatlah dua pasang brown and white abaya kesoma. " Aisyah tak suka beli jubah yg orang ramai ramai dah pakai " err sebab tu akan cari design yg lain yg takkan same. kalau ade yg same sorang due,tige tak pe lagi. ni lime ke atas. hoho. sabar jerlah suami melayan karenah si isteri. hmm, dan impian Aisyah seterusnya pula InsyaAllah.. nak buat part time photographer with suami. sebab Aisyah suke bergambar! suami pulak suke amek gambar. dan Aisyah suke edit edit ni. so marilah belajar cara cara photoshop. harap due impian besar ni tercapai! susah nak jumpa photographer muslimah kan. ade ade, tapi jarang jarang. InsyaAllah. biasanya setiap gambar gambar ni suami yg ambil. setiap satu gambar ada cerita tersendiri tau.
Perempuan biarlah cantik kerana Menutup Aurat. Menawan kerana Sopan. Comel kerana Senyuman. Memikat kerana Iman dan Hebat kerana Kuat :') jadi pada mereka yg berhajat untuk beli Abaya Kesoma ni sile lah ke LINK ni
https://www.facebook.com/thepinkdressco dan pada yg menggemarkan 
tudung bawal cotton ni. boleh PM Aisyah :)

From Allah to Allah

Bismillah,

lama sudah tidak bersua di belog PINK ini. Semoga kita semua berada di dalam lindungan Allah SWT. Alhamdulillah, seronoknya dah kahwin. hati pon senang. cuma setiap kali sembahyang tu, berdoa agar jodoh kami panjang berkekalan dan dilindungi oleh-Nya. siapa tak sayang suami kan, dialah cinta hati kita. dialah hero comel manje kita. nak tengok muka dia yg paling kacak hensem lagi bergaya, masa tidolah. alahhh sayaannngg, pahala bertambah satu. bila kita pandang suami dengan penuh KASIH SAYANG. masa honeymoon hari tu, soalan ini yg bermain di fikiran " bestkan ada baby " lalu, Aisyah menjawab... " kenapa ", " eh mstilah, setiap yg berkahwin tu mestilah nak ada anak kan ". Aisyah hanya senyum, dan mengatakan InsyaAllah pada Suami. dalam hati ni " Ya Allah, aku dikelilingi anak anak kecil comel disini, bayi bayi penyejuk mata penawar di hati, ibu ibu mengandung yg dinctai suaminya. Ya Allah kurniakan bagiku Zuriat yg Soleh&Solehah ya Allah.. 
RABBana hablana min ladunka zurriyyatan toyyibah, innaKA sami'ud du'a "
  
Sesungguhnya hidup ini memang tak terjangka kan. Kita selalu rancangkan sekian dan sekian, tapi Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kita.. Tak semestinya kita dapat apa yang kita nak. Sebagai manusia kita tak boleh lari dari diuji. Dunia ni kan memang tempat ujian, Syurga tu nanti tempat ganjaran kebahagiaan. But dun worry be happy.. Allah dah janji, disebalik ujian yang dia timpakan buat kita tu ada hikmah dan rahmat yang dia nak tunjuk di penghujung jalan. Redha lah hati. Orang-orang yang terpilih je Allah bagi ujian ni, sebab Allah sayang. Dia rindu nak dengar rintihan hamba-nya. Banyak banyakkkan istighfar nanti hati semakin tenang ;) jika sudah tertulis, diberikan cahaya mata. kita tidak tahu sama ada, bila tiba hari kelahirannya... Allah ambil nyawa kita. Aisyah redha kalau itu terjadi, Aisyah ingin sekali melihat Suami Aisyah bahagia dengan satu satunya peninggalan Aisyah buat dirinya. FROM ALLAH, TO ALLAH. Percayalah, Allah tahu apa yang berhak kita rasai. Mana mungkin dia tak tahu susah payah kita.Allah uji hati kita sebab dia cuma nak kita bergantung pada-nya.Bukan bergantung Terus berpegang pada Janji-NYA. Apabila kita redha dengan sesuatu yang mengecewakan dan menyedihkan hati kita nanti Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.
 
 Kita ada Allah! FROM ALLAH TO ALLAH. Dan Allah itu ada di mana mana . Bukan hanya di Mekah dan Madinah sahaja. jika di Mekah dan Madinah ada tempat2 mustajab, di tempat lain juga ada. Jika kita berpuasa, doa kita mustajab. Jika kita solat malam,  doa kita mustajab. Dan Allah telah menggariskan panduan, "Sabar dan Solat".. Aisyah berharap agar kami suami isteri, bahagia hingga ke Syurga. Kehidupan kami sekeluarga memang sederhana. Kami cukup dengan apa yang ada. Kami tak pernah tak cukup makan walaupun adakalanya gaji abg habis dan gaji yang baru tak masuk lagi (sebab abg kerja makan gaji) dan kami tidaklah semewah gaji keluarga yang suami isteri bekerja.. Namun kami tetap bersyukur dengan rezeki yang ada

Ramadhan ❤

Bismillah

Syukur itu ialah menggunakan nikmat yang Allah beri ke arah kebaikan. Assalamualaikum dan selamat pagi, 18 Ramadhan :) macam mana puasa? ok tak? hihi. puasa jangan tak puasa tau!!! tahun ni last Aisyah puasa dengan kawan kawan di KUIM. sebab Aisyah nak habis belajar dah. mesti rindu dengan mereka nanti. rindu mereka panggil UMI. hihi. Ramadhan kali ni sangat sangat bermakna, sebab Aisyah ada Suami dan Keluarga baru. rasa lain sangat bila tak dapat raya dengan Mak Abah.  ok kad raya, sampul duit raya dah siap... macam gambar kat atas tu. syomel tak? agak agak raya ni Aisyah dapat duit raya lagi or tak eh? haha. raya tahun ni kene balik Johor, ikot mertua beraya disana. mesti kat sana makan laksa, asam pedas dan makanan makanan Johor ek. actually Aisyah ni memang memilih bab makan. tapi bile dah kawin ni, apa yg Suami makan Aisyah makan jugak.huhu. 

sebenarnya, Aisyah kurang sihat dalam bulan Ramadhan ni. tak tahu kenapa. first first sahur, awal ramadhan tu Aisyah dah muntah. agak pelik jugak disitu. Allah tarik nikmat kesihatan tubuh badan ketika Ramadhan, Allah beri kita sakit. Sakit itu Kifarah Dosa :') Allahu. kadang kadang rasa tak larat badan ni. tapi En.suami yg sentiasa ada disebelah beri semangat. Takecare, everyone. soal baby, hehe. Aisyah tak dapat nak ptuskan apa apa. InsyaAllah rezeki tu datangnya dari Allah. sabar sabar, doa banyak banyak. bagi Aisyah, Aisyah berharap agar Ramadhan kali ini penuh makna. Sama samalah kita tingkatkan amal ibadah kepada Allah, aggaplah Ramadhan tahun ni yang terakhir buat kita, takut takut tahun depan tak sempat dah nak merasai nikmat bulan Ramadhan.
 hari tu, Ayah mertua Aisyah pergi Umrah bersama warga Telaga Biru dan Ustaz Zahazan. meh tengok gambar disana. eii bestnyerkan. Aisyah minta Abi doakan kebahagiaan kami dan dimurahkan rezeki. dan kesian Umi kene tinggal, hehe. jadi anak anak semua balik menemani Umi. takdelah rasa keseorangan... bile Abi dah balik, nampak Umi ceria. moga nanti Aisyah dan Suami pon bakal menjejakkan kaki ke sana. sepanjang perjalnan pulang ke rumah tu, Abi ceritakanlah pengalaman disana. bile kita dengar, Allah rasa macam nak sangat pergi rasai suasananya... best, first puasa dapat berpuasa disana kan.

hello PRAKTIKAL

Bismillah

Alhamdulillah syukur nikmat. To all my muslim frens. Selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak. Moge ramadhan kali ini lebih barakah. Ramadhan yg Aisyah harap tahun ini bermakna dan sangat bermakna for me n for my husben. yeayyy syukur sangat. PRAKTIKAl dah settle. akhirnya Aisyah DITERIMA dan DILULUSKAN di TELAGA BIRU. sementara kawan kawan yg lain menanti sebuah jawaban. InsyaAllah korang dapat punyer. banyak jugak halangan mase nak apply praktikal ni. mule mule Ustaz tak nak bagi taw. sangat sangat hepi bile same tempat keje dengan En.Suami. bukan berkepit sentiasa, cume yerlah Aisyah rasa selesa dengan mereka. lagipun Aisyah dah kenal mereka mase ke wedding Sahabat En.Suami. Aisyah suke dengan suasana bekerja disana.

selalu dengar En.Suami jer cerite. lagipon Ustaz Ustaz Aisyah yg lain pon kate ok dan bagus company ni. bukan kerana ada Suami Aisyah disana. apa yg Aisyah boleh kongsi, company yg mengamalkan pentadbiran yg sistematik dan islamik. bukan nak kata ia hebat. tapi Aisyah lebih selesa dengan suasana begini. mereka mengasingkan staf lelaki dan perempuan, sebelum bermulanya operasi adanya Solat Dhuha dan Tazkirah, terime kasih Ustaz Zahazan kerana MELULUSKAN permohanan ni. InsyaAllah akan cuba buat yg terbaik di dalam Latihan Amali, dan Pembentangan Kertas projek nanti.

pada En.Suami tq so much sebab bersungguh sungguh mencarikkan tempat praktikal walaupun kite sama tempat keje. InsyaAllah akan cuba yg terbaik, bersungguh sungguh. elaun? takpe itu tolak tepi sebab Aisyah tak kisah tentang bahagian itu. apa yg penting PENGAlAMAN dan apa yg dipelajari. input yg boleh kite dapat. Aisyah dah pernah bekerje. pernah pegang duit sendiri. jadi ia tidak kekok bagi Aisyah untuk lebih Positif ke hadapan. kita berpraktikal bukan kerana Elaun. teringat kata kata dan pesanan Ustaz Aisyah dekat dunia ada 4 perkara yg tidak pernah kenyang dengan 4 perkara antaranya adalah ILMU.  teringin untuk menjadi seorang wanita yg hebat. hebat terhadap diri sendiri, hebat di dalam Agama, hebat di dalam pelajaran, hebat di dalam kerjaya. dan sekarang kita sebagai student perlu letak matlamat dan hala tuju yg seterusnya. lepas ni kemana kita akan melangkah ILMU tu lebih besar daripada DIPLOMA dan segalanya.

 

" Awak, kerja kerja jugak.tapi, ingat juga Allah tau! 
Sebab, bila awak ingat Allah, insyaAllah Dia akan bantu mudahkan kerja kita."
# Note-to-self-

untuk sebulan ini

Bismillah

Alhamdulillah, hampir sebulan kahwin. 8.7.2013 yg jatuh pada hari isnin ni. dan Terima Kasih Allah.Tahun ini RAMADHAN Aisyah bersama keluarga baru.Buat pertama kalinya ramadhan Aisyah bersama suami. Makin DIA beri, makin kita syukur. Sedikit atau banyak tak penting, yang penting syukurilah. Bila dah jadi suami isteri kepercayaan , kejujuran , keikhlasan, pengorbanan dan saling menghormati sangat penting sekali . Baru lah bahagia. banyak perkara baru yg Aisyah belajar dalam rumahtangga. bukan senang untuk bina rumahtangga ni. no money, no talk lah. hehe. Ingat. Bahagia itu bila Allah beri kita bahagia. Bukanlah bahagia itu dari suami. Bukan dan bukan :)bagi Aisyah, Abah dan Mak dah decide sesuatu yg terbaik buat Aisyah. sesuatu yg indah dan halal. Allah bagi cash pahala buat Mak dan Abah. hm sangat sangat bersyukur, dikurniakan suami yg cukup pakejnya. beragama, solat, pandai mengaji, imamkan, bace doa, tazkirah tazkirah sekadar pengetahuan, hadis, malah Aisyah yg terkejut.. bila Aisyah terangkan yg Ayat al-Quran,hadis hadis ni bukan suka suka guna pakai. sebaliknya suami yg terangkan pada Aisyah apakah maksud disebalik makna ayat. huhhh, memang tak jangka. sebab, pada Aisyah suami Aisyah ni orangnya biasa biasa je. tu lah bila kita dah kahwin baru kita kenal siapa pasangan kita, perangai dia, dia tidur macam mana, kelakuan dia....
 Aisyah faham perasan adik adik, kawan kawan Aisyah dalam bercinta dan berkeinginan untuk berkahwin.sayangg, kena kuat ye! kita hidup ni memang penuh dengan ujian,dugaan dan godaan dunia. Allah takkan bagi cash untuk bahagia terus. sepanjang untuk melangkah ke alam perkahwinan, dan punya Suami. Aisyah diuji dengan ujian yg amat pedih dan tidak tertanggung rasanya. PUTUS TUNANG itu ibarat satu kaki pon putus jugak. sebab bila dah bertunang kaki sebelah kira dah melangkah ke seterusnya. masa tu, dialah insan yg paling Aisyah sayang sepenuh hati. sekarang baru Aisyah faham. jangan memberi cinta dan sayang itu sepenuh hati. dekat Allah tak ape. kalau Aisyah tak putus tunang lah kan. Aisyah takkan berubah seperti sekarang. tiba tiba Allah ketuk pintu hati untuk berubah bila kaki melangkah ke KUIM. indah sangat diawal perubahan. belajar cara cara untuk menjadi wanita yg dihormati, yg disegani. indah sangat. tenang dan damai. tak ape. slow slow ye, jangan memaksa diri. nanti awak semua yg akan follow pelan pelan. InsyaAllah. Hidayah milik semua. siapa kata Aisyah tidak pernah memakai seluar jeans ketat, siapa kata Aisyah tidak pernah bersanggul di kepala ibarat bonggol unta tu. hehe. bukan mengaibkan diri. past is past. ini adalah perkongsian buat mereka yg ingin bermujahadah.
 dan untuk sebulan ini, Subhanallah. masa begitu padat. diisi dengan waktu waktu yg bermanfaat. hari biasa TITLE seorang pelajar . weekend TITLE seorang isteri. bila dekat hostel Aisyah takkan campur adukkan pelajaran dan rumahtangga. weekend baru fokus pada rumahtangga. masa tulah nak jaga suami, mengemas, memasak(baru nak belajar sikit sikit hahah) komunikasi dengan suami, berjemaah bersama, beriadah dan segala yg berkenaan. bila suami tidur masa tulah on lappy cari bahan Assignment. taknak campurkan pelajaran dan rumahtangga. hidup kita ni mesti kena ceria jer. no tension tension. dalam hal rumahtangga yg paling banyak aturkan adalah suami. kene ingat ye, lelaki. fokus fokus. anda adalah ketua. jadi suami Aisyah yg merancang dan mengaturkan segalanya. tugas Aisyah adalah belajar sahaja. sebab tu nak kawin awai awai ni, kawin mase belajar. salah sorang mesti bersikap matang ye anak anak. ibu bapa pon mainkan peranan juga. kedua belah keluarga 

Aisyah saling faham memahami dan memberi komitmen yg baik.ya Allah bertuah rasanya." jangan sesekali menipu dalam rumahtangga. setiap perkara semua mesti jujur.tak ada privacy2 dah dalam berumahtangga " Sentiasa cuba tingkatkan kebaikan dalam rumahtangga, insyaAllah Allah tambah kebaikan. kita wanita kena ingat juga, sentiasa perbaiki diri. kadang kadang kita ada terkasar dengan suami. mungkin tanpa kita sedar dan tak sedar. cara kita cakap tu pon dah membuatkan dosa jika kita bercakap kasar dengan suami. sentiasalah kita perbaiki diri. solat,aurat jangan abaikan. setiapa hari cuba perbetulkan niat kita. Want to make the most of both world, make the most for yourself first, perbaiki diri sendiri, langkah asas! Kalau ada orang kata, "Kau ni bajet alim,bajet pandai ilmu agama.." Jawab saja, "Sekurangnya aku cuba perbaiki diri :) Perbaiki diri. Tapi JANGAN jatuhkan orang lain. most important ok. terime kasih sayang, atas segala yg awak berikan untuk sebulan ini. "Ya Allah Ya Rabbi, jadikanlah keluargaku, keluarga yang sakinah mawaddah wa rahmah."

I'm 21 years old and happily married, Alhamdulillah

Bismillah..

 Praise be to Allah, I'm 21 years old and happily married, Alhamdulillah :) life has been so busy. and my love story would be like this.. Bila dah berkahwin, mmg kehidupan amat berbeza. Suami adalah teman rapat , teman untuk berkongsi, teman segala teman... sampai Aisyah letih sangat Suami datang bobokkan sebijik macam baby! haha. tapi Aisyah selalu cakap  dengan Suami. " harap sampai tua lah macam ni ". Umi(mertua) pon cakap bile dah kawin tak sama macam kita sorang sorang dulu. penat dia lain. sebab kita dah berdua.keluarga belah mertua semua baik baik. Mak tok sangat sangat sporting. hehe. Umi kata Mak tok suka sebab belajar Agama. InsyaAllah Aisyah akan buat yg terbaik untuk keluarga kita juga. maaf sangat sangat, Aisyah tahu awak semua ternanti nanti entri kali ni. bile dah kawin putaran kehidupan kita berbeza, tak macam orang single. hehe. En.Suami pon tanya jugak. " dah update blog dah? " hahha. dia peminat setia blog pinky ni. sebab asek cerita pasal die jer. mane taknya. hmm so die sangat sangat suka dan rasa lebih dihargai oleh isterinya. sekarang Aisyah dekat KUIM. wowww best best g mana mana jer. orang cakap tahniah, bagi hadiah, Ya Allah!! cik Felo pon memahami jiwa Aisyah. haha cik Felo kata " ape perasaan awak sekarang " .  mestilah Aisyah kata RINDU. rindu lah bile dah balik KUIM. lepastu cik.Felo kata. " takpe tiap minggu boleh jumpe " see! senang dah kawin ni takpayah cuti dibeku beku lagi ok. hahah. En.Suami kata bagus kawin muda muda, belajar belajar. kawan kawan semua datang. masa pon tak terbuang. lagipon dah kawin ada orang jaga. takyah risau risau. best! pagi Isnin En.Suami hantar ke KUIM. wah masa tu kami berbaju PINK. sempatlah bersarapan di cafe. En.Suami nak ke office mase tu. haha. adoi malu. memang ada orang tegur.....
  awal pagi cantiklah suasana kan kan :) dengan alunan zikir zikir terapi.. pink biru!! orang kate tema aiskem paddle pop! 12khemah bayangkan. puas hatilah dengan catering dari Santapan Impian. terime kasih Chef! dan wedding ini ada 4buah gerai yg akan menjamu para tetamu yg hadir :) gerai keropok lekor fresh dari keluarga angkat Aisyah dari Terengganu. gerai air buah buahan. gerai pau bewarna warni. gerai roti canai. termasok candy buffet,ayam golek, serta BBQ Kambing.. istimewa dari Chef. Chef bertungkus lumus masak nasi termasok saudara mara yg memberikan perkhidmatan yg terbaik! tapi Majlis tetap berjalan dengan sempurna dan jayanya! perkahwinan ditaja 100% dari Mak dan Abah itu hadiah kawin paling bermakna.
pakaian yang simple dan menutup aurat itu pilihan utama Aisyah. that's my dress which I designed sendiri. baju nikah+sanding+tudung labuh+shawl labuh paras pinggang. memang ada kenyataan yg mengatakan simple sangat. ya Allah, redha Allah lagi penting dari Redha manusia. make up yg sederhana dan natural pilihan utama.. orang bukan nak kira semua tu. yg penting dalam majlis kenduri kendara lauk pauk mesti cukup. puas hati bila tetamu yg hadir tu makan. yg penting AKU TERIMA NIKAHNYA. masa akad nikah hmm banyak kantoi dekat Abah. haha, Abah pulak yg nebes lebih. huhu. akhirnya kami sah jadi suami isteri. lepastu buat pertama kalinya diimamkan En.Suami. memang tak sangka jugak. " eh die ni betol ke boleh jadi imam aku ni? boleh ke ajar aku,bimbing aku.dulu masa mule mule kenal perangai.. Ya Allah. " tapi sekarang En.Suami yg banyak bimbing. sampai ditanya maksud Surah Al-Fatihah. huhhh bepoloh poloh den. so sangat seronok kawin ni. lelaki dan perempuan memang tak dapat dipisahkan dan saling memerlukan.


 
 sekarang nak pegang tangan, nak berdua dua semua boleh. hihi. lagi best bile Suami tegur kita. kita kene ikot dan akur segalanya. nak jadi isteri cerdik yg solehahkan??? soal belajar pule.. Aisyah habis study tahun depan bulan 6. kahwin sambil belajar ni ibu bapa Aisyah masih tak lepaskan tanggungjawab macam tu je 100% pada En.Suami. kami tak duduk sama, lagipon En.Suami kerja di Damansara. huhh memang taklah kan nak ulang alik ni. jadi Abah memang sentiasa ada disisi. bukan setakat kahwin dah lepas tanggungjawabnya kan. kira Abah ni sangat sangat menunjukkan sikap tanggungjawabnya. Aisyah akan bergilir gilir lah minggu ni dekat KL, minggu depan N9. macam tu lah seterusnya sampai tamat  pengajian. indahkan, tapi sebelum nak kahwin perlu fikir baik baik ye. percayalah, perkahwinan ini sungguh indah. bila Aisyah dekat KUIM menebalnya rindu ni. rindu masa zaman bujang tak sama macam rindu dah kawin ni tau. HALAL+PAHALA. kalah cerita vanilla coklat, SSID, orang yg dah kawin je yg tahu ERTI ROMANTIK dan SWEET tu.
 dan dan, Thank you soooo much for everyone who came. YOU GUYS MADE MY DAY! Thanks to our families who always support us and help us in anything. Thank you for everyone for the prayers and wishes. Thank you,just thank you so much. tunggu sambungan yeee. ni pon gambar gambar dari  mertua.

R A N D O M post

Bismillah,

selamat perantin baru buat Abang Aisyah dan Kakak Ipar
masok bilik i asek menjeleskan i aje! mereka kate best kawin!!! baru Aisyah tawu.heee
 muke ala ala comel jer masing masing! tumpang gembira sekaki... Alhamdulillah.
 gambar kitorang mesti ado oke! WAJIB! kepada photographer,tq sangat.ni sesi discuss masa akad nikah kitorang nanti lah.haha.
  the HERO. oo, Aisyah rasa muka Abang Aisyah paling suci. mase ni lah haa mase ni...
alololo so sweet pakaikan Abang Ipar.mereka ni muke lebih kurang jer lah. tinggi same,pakai cermin mata. hasihhhh tahniah eh...
orang yg tak berseni buat hantaran.janji siap udah ler !!
terime kasih again kepada yg menjayakan Majlis Abg Aisyah dan Kak Shu. saudara mara, jiran yg hadir, rakan rakan dan tak lupa jua pada mertua Aisyah dan adik adik yg hadir.. dan doakan Majlis Aisyah pule oke...
pelik tak entri cenggini.huhu. sebenarnya tengah bosan katekan.haha. padehal banyak keje yg tak siap lagi.huhu.jangan tension tension,tenang saja bha.entri ni sebenarnya dituju khas untuk mak andam, eh tak berapa nak mak sangat. kak andam lah hihi. iaitu kak manja. kak Aisyah nak cakap something ni boleh?? nanti Aisyah mengharapkan make up yg sederhana aje tau.hope sangat simpankan bulu kening Aisyah ni.sayanglah.tak mahu dicukur.tak mahu pakai bulu mate palsu boleh tak?segan.huhu.eh tak lah.Aisyah memang nak simple aje.mase zaman zaman dolu dolu pernah try pakai.aik macam pelik aje muke kite. demand eh? sory hahha... tapi kak manja dah tawu Aisyah nak make up ala ala Heliza katekan. haishhh... sungguh memahami karenah customer budak budak ni... ha cenggini, huhh syomel...