IbuBapa yang TERHORMAT restui PERJUANGANKU

Bismillah..
Salam Sayang buat Ayah dan Bonda Tercinta,

sewaktu kecil lagi seawal usia 6tahun,aku telah dilatih untuk bertudung..sehingga sekarang ia aku pertahankan,sebagai salah satu JIHAD dalam hidupku.IBU,BAPA adalah sumber tunjuk ajar.Yang tak pernah kenal erti putus asa,lemah dalam mendidik anak-anak.Sehingga sekarang,Abah masih menghantar aku pulang ke Asrama..sejak kecil,di sekolah rendah mahupon menengah Abah tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai KHALIFAH di dalam keluarga.dan aku sebagai anak,sejak kecil sehingga umur aku 20tahun ni,masih mengIRON lagi baju kerja Abah,bukan mak..risau juga,bagaimana kalau aku berkahwin nanti,siapa yang akan jadi pengganti :( .. Apakah Kejayaan yang dapat kita semua hadiahkan kepada mereka yang melahir,mengasuh,mendidik dan membesarkan kita?? ia ILMU,

di Usia Remajaku :)

tidak cukup dengan ILMU sahaja :) sebagai seorang anak kita ada bermacam KEJAYAAN yang boleh memberikan kedua IBUBAPA kita bangga dengan kita.AGAMA itu penting.jadi seharunsya kita seimbangkannya.apa yang mak pernah cakap,semua Aisyah ingat.
Meskipun kini ilmu pengetahuan dan teknologi berkembang dengan pesat,kita tetap memerlukan agama. Ilmu pengetahuan dan teknologi tidak dapat memberi jawapan atas pertanyaan mengenai makna dan tujuan hidup manusia, yang hanya boleh dijawab oleh agama...jadi,mohonlah restu IbuBapa doa yang baik-baik saje untuk kita...supaya kita jadi anak dan insan yang berguna bukan saja pada negara malah Agama kita sendiri :) rebut peluang untuk Berhijrah dengan kejayaan Agama.
Agama mempunyai kekuasaan yang membuat manusia tunduk dan patuh kepada Tuhan. Orang yang tunduk dan patuh kepada Tuhan akan mendapat balasan baik daripada Tuhan, sementara yang tidak patuh akan mendapat balasan buruk daripada Tuhan.
Pertama kali Berhijrah ke arah yg lebih baik,keluarga sangat2 gembira dan merestui perjuangan ini..kamu semua tak mahu?? tak mahu dengar begini '' bertuahlah,sejuk perut mak dia mengandungkan dia '' ..

"Menghijrahkan Diri Mmg Payah" "Ada Masa Kita Kalah" "Ada Masa Kita Lelah" "Ada Masa Kita Bertuah" "Itulah Namanya MUHAJADAH" "Kerana Ku Tahu Akhirnya Pasti Indah"

Setiap hari kita memohon Allah menunjukkan kita kepada jalan yang lurus. Berapa kali kita sebut, baca dan ulang dalam Surah Al-Fatihah. (ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ - Tunjukilah kami jalan yang LURUS) Berapa ramai yang benar-benar fahami dan bersungguh tatkala membacanya. Ini peringatan untuk diri juga!

Sesungguhnya hidup ini tak pernah abadi, namun aku masih terus mencari...

Aisyah,Maira....