Hanya kerana,NAFSU CINTAKU

Majlis akan bermula sebentar lagi..
sementara aku,merenung jauh pada cermin yang memperlihatkan wajahku..

Ya Allah,aku akan diijab kabulkan sebentar lagi dengan seorang lelaki yang baik akhlaknya,yang hebat pegangan Agamanya,yang sempurna dimata aku dan kedua ibubapaku.kenapa dia pilih aku??Ya Allah i'm not VIRGIN!!!aku perempuan yang hina.sedangkan dia tahu aku bukan seorang perempuan yang sempurna seperti perempuan lain....
Kerana cinta,aku jahil.Di usia yang masih mentah,aku telah tewas.dinodai oleh lelaki yang aku sayangi.kenapa ia tegar khianati cinta aku kepadanya??aku menyimpan rahsia ini dari keluargaku.Yang aku pasti dan yakin.Dia akan sentiasa bersamaku dan tidak akan pernah meninggalkan aku dan akan terus bertanggungjawab.Aku mengahbiskan sisa-sisa remajaku bersama dia.Hanya dia yang aku kasih,hanya dia yang aku puja,hanya dia yang aku setia.Hinggalah bertahun lamanya dia tekad meninggalkan aku.Apa salahku??Aku setia.Aku tidak pernah berubah.Aku tidak pernah menghancurkan harapan kedua belah keluarga ini untuk kami bersama pada waktu yang dinanti.Tanpa sepatah kata darinya,dia terus tekad meninggalkan aku.Sampai sekarang aku tidak tahu apa alasannya meningalkan aku.Ya Allah,aku rasa tak tentu arah.masih adakah cinta buatku??I'm not VIRGIN.adakah lelaki yang perlukan cintaku??Aku tak kuat Ya Allah..bagaimana suatu saat aku menjadi seorang IBU,adakah anak ku akan seperti ku??jauhkan Ya Allah.

Sehinggalah,perkenalan aku dengan bakal suamiku...Baik orangnya.lembut tutur katanya.Akhlaknya yang terjaga.Subhanallah,andainya insan ini tahu yang aku bukan perempuan yang sempurna.apakah riaksinya??adakah dia akan mengambil kesempatan terhadap diriku seperti lelaki lain??adakah dia akan meninggalkan aku??

'' TIDAK,saya takkan tinggalkan awak..Saya tidak akan pernah menyentuh,meskipun tangan awak hinggalah ke suatu saat yang kita nantikan bersama.Saya juga pernah leka.Bagi saya ini adalah balasan Tuhan pada saya kerana dosa-dosa yang pernah saya lakukan.Saya mahu awak jadi isteri dan ibu kepada anak-anak kita nanti ''

Sungguh mulia hati insan ini,aku amat menyintai dirinya.dia merubah segala-galanya.Aku terus bermujahadah bersamanya.dia sentiasa memberi aku semangat.dia sentiasa mengingatkan aku dengan perkara-perkara berkenaan aurat wanita.Kami menjalani hubungan ini dengan batasan-batasan agama.Kami mengikat tali pertunangan.Macam-macam dugaan yang kami hadapi.Tapi dia tetap sabar dengan ujianNya.Hingga satu saat,aku terleka.Aku di himpit dengan NAFSU CINTAKU sendiri,aku ketagih.Aku ingin bersama lelaki.Aku perlukannya.Perkenalan aku dengan seorang lelaki alim ulama',Lihat,tak perlu kita mencari yang alim ulama' sedangkan mereka punya nafsu serakah yang tidak dijangka.Tapi kisahkah aku??aku perlukannya!!tanpa pengetahuan bakal suamiku ini.Kami nekad untuk berjumpa.Berjumpa di sebuah Hotel ternama.Disitu aku melepaskan gian aku.Indahnya,saat-saat nafsu membara.kata-kata indah bermaharaja.janji-janji palsu direka.Ya Allah,aku tersedar dari lamunan Nafsuku.Ada insan yang menungguku.Apa yang telah aku lakukan.aku perempuan yang sudah bermuhajadah,aku bukan lagi perempuan yang hina.aku masih menyimpan rahsia ini daripada bakal suamiku.Aku takut,dia takkan dapat menerima aku.

tersedar dari lamunan..
saat lafaz sakinah bermula..
aku sah sebagai isteri kepada suamiku..
sedang ia mengucup dahiku..
aku mula beristighfar..
air mata mula mengalir deras..
bila mana aku ingin menyambut tangannya..
ia berkata..

Ada apa-apa yang perlu suamimu ini tahu?apa pun yang ingin isteri tercinta ku ini ingin katakan..kamu telah sah menjadi yang halal bagiku.siapa pun kamu dimasa lalumu,aku terima kerana aku menikahimu bukan kerana masa lalumu TAPI apa yang kita akan jalani seterusnya di hadapan..


jadi,perlulah seseorang itu menyayangi dan mengasihi pasangannya hinggalah ke syurga sekalipun.

Namun semua ini tidak cukup hanya mencintai isterimu sahaja. Kamu perlu mencintai juga apa yang dicintai oleh isterimu. Keluarganya, kawannya, semua itu perlu kita kasihi juga.

-Nukilan ,Aisyah Maira
bacalah dengan Perasaan yang sayu,mungkin ini kisah benar dari setiap kenalan yang kamu tidak ketahui :) lumrahkehidupan..dunia,dunia