Bismillah,
Ya Awwalan Awwalin Ya Akhiran Akhirin..
Selawat
dan salam kepada junjungan alam sayyid al-Anbiya' wa al-Mursalin,
Muhammad s.a.w, para ahli keluarga dan para sahabat baginda serta para
tabi'in dan tabi' al -tabi'in seluruhnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan
salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak
mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang sakit," kata Fatimah
yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka
mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru kali ini aku melihatnya,"
tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan
pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah
anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan
kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah
malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan
tangisnya.
UMMATI,UMMATI,UMMATI..
andai Baginda masih ada,ingin sekali aku menjemput Baginda datang ke rumah..makan bersama,memberi semangat dalam aku meniti kejayaan....
first thing,Baginda akan terkejut.. dan berkata '' wah,namaku "Muhammad" ada dimana2 saja.. sungguh cinta dan kasihnya umatku kepadaku "..Air matanya pasti menitis,terharu melihat umatnya yang menggantungkan namanya di dinding rumah,di masjid2,di surau2,di mana2 saja :) .. dan akan ditanya kembali, '' adakah namaku Muhammad sekadar hiasan semata2 ? "
pasti akan terkelu lidahku,pasti Air matanya akan menitis..aku tak nak melihat setitis Air matanya kerana rakan2,saudara mara,seusiaku... tidak mengikut segala syariat Baginda.Ya Rasulullah,budaya kami sudah jauh terpesong dari ajaran mu..kami adalah umat akhir zaman..Lihat saja muda mudi kini termasuk diri ku yag leka denagn dunia.. bantulah kami Ya Rasulullah.....
andai Baginda masih ada,pasti Air matanya akan terus menitis..melihat bumi Palestin,Qaza,AFganistan,Iraq,Bosnia,Kashmir, di tV sedang berperang bermati-matian untuk mempertahankan Agama Islam..diselang pula dengan Politik negara yang entah mana betul entah mana salah...pasti Baginda kecewa dengan sikap umatnya.menyalahkan sesama Islam..membuka aib sesama Islam sendiri..Wahai Rasul,Engkaulah contoh terbaik umat akhir zaman... meskipun kami jauh bezanya daripada kamu Ya Rasullullah..
andai Baginda masih ada,sekali lagi menitis air matanya melihat kita wahai Muslimah , membuka aurat bukan sekadar ditempat kita berada malah seluruh dunia. di FB :)
"Lagi satu, pasal gambar. Kalau boleh tak perlu la nak upload
gambar yang jelas terang-terangan sampai nampak segala jerawat.
Muslimah, Walaupun awak tutup aurat dengan sempurna sekalipun, jangan
jadikan perkara itu sebagai lesen untuk awak upload gambar
sesuka hati. Kita tak tau hati orang. Kita tak tau apa yang orang
pakatan axis Y tu fikir . Jadi jagalah perlakuan kita, mahalkanlah mahar
maruah kita.
Kemudian, untuk kamu yang berniqab. Walaupun hanya nampak mata
sahaja, janganlah kamu ambil gambar yang agak 'melampau'. Bimbang nanti
terpesong niat pula. Moga dijauhkan. Kita berniqob kerana Allah. Sebab
nak jadi lebih baik dari sebelum ni. Jadi, rasanya tak perlu untuk kita
letak gambar berniqob yang agak jelas. Gambar individual, kalau
ramai-ramai lain cerita. Masalahnya gambar yang shooting dekat. Jelas
keindahan mata yang mempesonakan. (Sila jangan marah ya, saya pun niqobi
juga" - sumber Srikandi Asyitari
huhhh!terasa aku ayat atas ni,TAPI ambil sebagai peringatan dan think positif oke :)
andai baginda bertanya kepadaku " kenapa islam berpecah sebegini sekarang? "
tiada jawapan dariku..kemudian Baginda pasti akan menangis..Baginda akan kasihan kerana bala yang menimpa umatnya ini..Baginda akan menangis dan terus menangis...
semoga di teguhkan rasa kasih dan sayang terhadap baginda di hati ini,
Nukilan dari Hati,Aisyah Maira..