kadang-kadang kita diperhati...

Bismillah...

Kadangkala ada rasa cemburu yang sedikit . Cemburu dengan mereka. Cemburu kepada kaum hawa. Mereka ada sinar yang tiada pada lelaki. Mereka istimewa. Mereka berbeza dengan kaum adam dalam pelbagai segi. Ya , diulang mereka sangat bertuah lagi beruntung dijadikan di muka bumi ini.
Truly, this is how I feel.. 
kadang-kadang kite diperhati dari jauh oleh seseorang yang suke memerhati.. 
hebatkah kite sehingga kite sentiasa diperhati?? adakah kite HOT semata-mata?? adakah pembawakan kite mengikut peredaran semasa?? adakah kite sentiasa diperhati kerana luaran dan dalaman yang indah lagi terpuji?? tepuk dada tanya Iman...
tak perlu bangga, tak perlu riak, tak perlu takabbur...
 Aisyah punya kata-kata yang menjadi pegangan, " Sungguh aku berharap menjadi sesuatu yang tidak bererti dan dilupakan orang " - Saidtaina Aisyah .
Saidatina Aisyah yang sangat dikagumi tetapi sentiasa merendah diri :)  kita juga adalah Insan yang telah berikrar setia menunaikan tugas mulia sebagai Muslimah Sentiasa bersabar menghadapi berbagai rintangan hidup yang mendatang,Yang sentiasa berupaya mewujudkan cita-cita mulia dan hanya mengharapkan keredhaan Allah SWT.

kadang-kadang kita tak perasan, bahawa diri kita sebagai Muslimah makin melimpah ruah di kerumuni dengan dosa.. Allah, Lelaki tidak tahu menghormati kita sebagai seorang Muslimah.. tidak menghormati pendirian kita dengan cara kita sendiri. mereka semakin mudah melafaz kata cinta dan kita akur dengan kata-kata manisnya. dan kita sebagai Muslimah makin bebas tanpa menjaga batas pergaulan dan ikhtilat. begitu juge pabila kita di tempat kerja :) batas pergaulan adab, dan ikhtilat ambil PERHATIAN.
 Perempuan, Sikapnya sering menjadi tarikan kerana kelembutan yang dipelihara, juga kerana tingkah lakunya yang halus, dan yang lebih dipandang mulia adalah kerana adab yang disulamkan dengan kepelbagaian akhlak yang molek serta cantik dipandang mata. Oleh kerana itu, wanita atau perempuan yang baik-baik ini sentiasa menjadi rebutan.

perlu kita ambil perhatian,  Di kampus, apabila berjalan dan bertembung dengan muslimin, mukanya akan ditundukkan ke bawah, lembut gemalainya mengalahkan bidadari dari syurga, sopan je mengatur susun langkah. kalau ada jalan atau susur laluan yang lain, sebolehnya tidak mahu melalui jalan yang dilalui oleh muslimin, oh dasyatnya? Tetapi, apabila di luar kampus? Dialah heroin! Menegur orang lelaki tidak kira tempat, gelak-tawa dialah yang paling tinggi melodi suaranya, bersembang pula dialah yang paling banyak komen dan umpat keji. Namun bila di suruh ke hadapan? Oh tidak boleh, kami sebagai wanita mesti dipelihara malu itu... jangan kita jadi HIPOKRIT untuk dinilai dimata manusia semata-mata..........

Ya ALLAH, jadikanlah aku manusia MAGNET yang sentiasa boleh menarik manusia lain ke jalan yang Engkau redhai dan aku sentiasa tertarik mendekati kebaikan dan amal soleh serta sentiasa menolak segala kejahatan yang boleh mengundang murka dan azabMU.."