dia DAI'E, aku MUSLIMAH, mungkinkah?

Bismillah

mungkin ini angan-angan.. kami sama-sama pernah terleka dengan dunia.. tapi kami tak pernah tersungkur jatuh terlena.. dia selalu melengkapi diri,dia selalu hadir memberi makna.. impian kami sama-sama mencari keredhaan Illahi. matlamat hanya satu " aku hanya insan biasa,tetapi aku mahu menjadi seseorang yang luar biasa ". memang susah nak bentuk orang ,tapi kita sendiri yang kene bentuk diri sendiri,berubahlah ke arah kebaikan..

" Aisyah saya nak cakap ni,tapi awak jangan kecil hati.. awak cantik bertudung.tapi boleh tak awak labuhkan sedikit.. maaf kalau terguris "

salinglah tegur menegur antara satu sama lain.. Insya-Allah, jika terbuka pintu hati Allah akan buka seluas-luasnya :) Aisyah rasa bahagia dengan teguran pertama Auzaie tu! sebab kalau tak kene tegur, Aisyah takkan jadi apa yang Aisyah ada sekarang. well, im so happy.. and bangga dengan diri sendiri!! Finally, Aisyah temui apa itu erti kebahagiaan, Mujahadah itu takkan pernah berhenti sehingga Allah temukan seseorang yang akan menjadi yang HALAL untuk mencapai Redha-Nya. inilah dikatakan HADIAH buat MUSLIMAH.. dulu dok mesej-mesej sana sini, chatting sana-sini, Now, Inysa-Allah Aisyah punya KEKASIH HALAL.. yang orang lain belum tentu dapat rasainya.

dia lah Dai'e muda yang Aisyah bangga, bertuah bertuah bertuah!! Allah bagi bonus lelaki yang baik, untuk perempuan yang baik.. Allah bayar cash, lelaki yang ingkar dengan perempuan yang ingkar. walaupun Aisyah ni macam budak-budak seperti yang Auzaie cakap tu, tapi dia saling melengkapi. Apa saja soalan sejarah,sains,math,agama,politik... habis semua dapat jawab!!
Semoga disatukan hati kami di jalanMu, moga Allah redha :) bukan senang nak jadi ketua didalam keluarga nanti, ilmu perlu penuh di dada.. isteri juge begitu, saling melengkapi suami. apa jua yang kita lakukan mesti berbalik-balik pada Dia yang satu. AGAMA is the first dalam hidup, Bila sudah ada rasa mahu berubah. Teruskanlah bertahanlah. Jangan berhenti dan mengalah. Jannah yang tiba akhir nanti, pasti indah. Apa-apa yang kita nak buat, letakkan Islam dihadapan :') , Mak selalu pesan macam tu. Islam memang agama yang sangat Indah. Kalau kita pelajari lebih dalam ilmu islam, baru kita tahu betapa Indahnya agama islam. sebab tu Aisyah nak sangat-sangat tamatkan pengajian Aisyah dalam bidang yang Aisyah ambil sekarang. bakal suami, dalam bidang SAINS terus kepada AGAMA.. jadi kami saling melengkapi. ballance lah tu.. SAINS + ISLAM(Agama)

dan Aisyah sangat-sangat berdoa agar dimurahkan rezeki, diberi kekuatan diberi keyakinan dengan perubahan diri menjadi yang lebih baik, serta tidak akan pernah kenal erti penat lelah putus asa untunk terus berdakwah bersama-sama. Allah tak pernah jadikan sesuatu itu untuk tujuan yg sia-sia. Hidup ini bukan untuk berseronok sahaja, ada amanah yg tergalas di bahu kita. Kalau memilih jalan Allah, kita tak akan pernah menyesal..Percayalah pada Allah !Dia mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya :')