Rindu

Bismillah

Rindu kita ni ibarat api yang boleh membakar hati, sebab tu Allah ciptakan airmata untuk memadamkan kerinduan kita kepada seseorang itu. entri kali ini membawa ceritera rindu buat semua pembaca blog Aisyah. setiap ujian dan masalah itu mungkin cara Allah merindukan hambaNYA.
setiap manusia punya perasaan RINDU.Rindu itu satu perasaan yang Allah hadirkan untuk manusia. kalau Aisyah,Aisyah memang tak boleh berjauhan dengan keluarga.. Aisyah sangat merindui mereka :) tambahan pula,Aisyah satu-satunya anak perempuan mereka.dan sekarang, Aisyah punya pilihan hati yg bakal menjadi yg halal buat diri ini.beberapa bulan bakal berlangsungnya Walimah. Ya Allah, mestilah punya perasaan rindu itu.tidak terungkap,tidak tergambar. dan selepas saja kahwin,terpaksa berjauhan dan berpisah seketika sementara Aisyah,masih menuntut dan punya tanggungjawab sebagai seorang pelajar yg belum tamat pengajiannya.  

  " Everything happens, there's always hikmah behinds it. Maybe not now. Maybe not so obvious, but there is or will be there. Allah knows best right? " 

Ya Allah, hadiahkanlah kasihMu kepadaku. Ya Allah, kurniakanlah rinduku kepadaMu,Moga ku   tahu syukurku adalah milikMu..jarak ini menjagar kami.Moga di akhir jarak ini, KAU beri kesudahan yang baik kami. 

RINDU ( Al-'Isyq)
Rindu itu ialah CINTA YANG BERLEBIHAN, dan ada rindu yang disertai dengan menjaga diri dan ada juga yang diikuti dengan kerendahan hati. Rindu bukanlah sesuatu hal yang tercela dan keji, akan tetapi perlulah disertai dengan menjaga diri, kesucian dan kerendahan hati. seseorang yang ketika dia rindu, tetapi dia menjaga dirinya dengan tidak melakukan hal-hal yang haram menurut Islam, itu adalah dibolehkan. Dan seandainya rindu itu juga disembunyikan dari orang-orang, maka, pahalalah yang akan diperolehi. Menurut Ath-Thohawi di dalam kitab Haasyia'ah Marakil Falah dari Imam Suyuthi mengatakan bahawa dari GOLONGAN SYUHADA di akhirat adalah orang- orang yang MATI DALAM KERINDUAN dengan tetap menjaga kehormatan diri dan disembunyikan dari orang- orang mestipun rindu itu hadir dari perkara yang haram.

Seseorang yang merindui seseorang sehingga dia mati dan disembunyikan rasa itu dari orang lain, maka dia akan mendapat pahala syahid di akhirat kerana ianya menunjukkan bahawa dirinya memiliki sifat sabar. Dia memendam rasa rindu dan menyimpannya sendirian kerana dirinya menjaga kehormatan diri, mengikat hatinya,jiwanya,tubuh badannya dari dikuasai oleh rasa rindu.

di sini, Aisyah kongsikan 1 kisah antara Saidina Ali dan Fatimah Az-Zahrah:

Setelah pernikahan antara Ali dan Fatimah, Fatimah telah berterus terang dengan Saidina Ali akan sesuatu perkara, "Wahai Ali, sebelum aku menikahi engkau di Kota Mekah, ada seorang lelaki yang telah menjadi idola di hatiku. Aku sangat ingin kelak dia menjadi suamiku. Tapi semua itu aku simpan di dalam hatiku." kata Fatimah. "Kalau begitu, engkau menyesalkah mengahwini aku? Tanya Ali. "Tidak. Kerana pemuda itu adalah engkau." Jawab Fatimah