Anak penerus perjuangan Nabi

Bismillah

12 Rabbiulawal, the birthdate of the worlds greatest human being ever, Muhammad SAW. Salam Maulidur Rasul! :) Selawat dan salam ke atas kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W.
Maulidur Rasul,yg sangat bermakna.. dan tercipta lah nama SITI AISYAH BINTI MOHAMMAD ISA. nama Aisyah sempena keesokkan hari,kelahiran Baginda. Sebenarnya maulud Nabi ni orang sambut dengan berselawat ke atas Nabi. Bukan wish salam maulidur rasul dekat orang. Ingat ni hari raya?tapi! xper.sebagai ingatan bersama-samakan.bukan HARAM pon.orang nak buat baik tu,jangan judge macam-macam. LISTEN.. LISTEN..LISTEN..

kalaulah Aisyah bergelar seorang UMI,

dakwah untuk keluarga.Aisyah letakkan Dakwah paling atas dalam kehidupan Aisyah.dakwah ini berbagai maksud yg meluas.sejak sekolah lagi Aisyah memang paling suke dan aktif dalam setiap kursus2 yg cikgu2,dan ustazah tawarkan pada Aisyah. mase berkusus di Pusat Dakwah Islamiah,Aisyah percaya aktiviti tu boleh dimanfaatkan sebaik mungkin untuk pembentukan jati diri dan menjadi persediaan berhadapan masyarakat apabila menyertai dunia realiti apabila berkerja nanti.begitu juga di KUIM,menggalas tanggungjawab dan diberi kepercayaan oleh sahabat-sahabat untuk berpersatuan..disamping itu,untuk mengembangkan lagi syariat islam ini.Aisyah cuba menjual tudung-tudung labuh supaya sahabat-sahabat muslimah menutup auarat dan menjaga aurat mereka dengan sempurna.bukankan ini suatu dakwah?? bersihkan hati,luruskan niat.
kalaulah Aisyah diberi peluang,diberi pemberianNya dengan secepat yang mungkin untuk bergelar seorang UMI.InsyaAllah Aisyah berazam anak ini bakal meneruskan perjuangan Nabi serta menjadi anak yang soleh solehah.perbanyakkan surah-surah Lokman,Mariam,Yusuf serta Taubat.masa mengandung banyak yag perlu kita jaga.kita sebagai seorang Muslimah perlu tahu dengan usaha Rasulullah SAW akhirnya maruah wanita kembali dimartabatkan. Muhammad Pemimpin kita, Baginda manusia pilihan Baginda kekasih tuhan, kau penyayang kau pembawa rahmat bagi semua.
Kehadiran wanita dalam kehidupan memungkinkan mereka memperjuangkan keperluan hidup sebagai seorang wanita kerana hanya kita yang tahu kekuatan dan kelemahan diri kita berbanding kekuatan serta kelemahan lelaki. kita perlulah mencontohi wanita pada zaman Nabi terdahulu yang mendampingi Rasulullah SAW kerana ilmu dan akhirat, bukan dunia dan pangkat. kerana kita bakal mendidik anak-anak kita dan kita sebagai ibubapa yg mencorakkan anak-anak kita,wanita yg bakal melahirkan generasi anak-anak yang baik akhlak dan adabnya serta untuk menjadi penerus kepada perjuangan Nabi."Terdidiknya wanita akan menyebabkan terdidiknya lelaki. Namun, apabila rosaknya wanita maka rosaklah lelaki kerana isyaratnya adalah untuk baiknya moral seseorang lelaki itu apabila baiknya seseorang wanita itu."
 Tuhan jagakan dia, dia Rasulku, kan tetap Nabiku, aku sungguh mencintai sungguh menyayangi setulus hatiku :')