Sebenarnya..SAYA ISTERI DIA !!!

Bismillah..

pernah ku terfikir,
Dia insan biasa jika di lihat dari luaran tapi dalamnya luar biasa. Membuatkan aku cemburu. Monolog dalam hati, "Ya Allah, solehahnya dia.."  beruntunglah siapa yg dapat menambat hati dan memiliki dirinya..

ingin sekali aku seperti itu..
 Maluku Bernilai,Senyumku Berhikmah

 Hebatkan AURA wanita ini.Ingatlah dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali..mulianya wanita ini kerana dirinya disanjung tinggi (: Itulah hebatnya wanita ni dan ada kadang kalanya lelaki pun mampu mengalirkan air mata kerana penangan wanita.Hehe, apa pun itulah kehebatan yang ada pada makhluk bernama wanita  ciptaan Allah SWT yang hari ini juga mampu menggegarkan dunia.
Teringat satu kata2, tangan yang menghayunkan buaian mampu menggoncang dunia.Memang tepat sekali , dalam dunia hari ini lelaki dan wanita peranan masing2 dah boleh katakan sama dah cumanya bagi wanita yang solehah mereka tetap ada keistimewaan tersendiri..

'' Di antara kekasih pilihan dihati 
Punyai budi penghias diri
Wajahnya lembut biasan perkerti yang tinggi
Indahnya perhiasan duniawi

 Malumu bernilai
Katamu berhikmah
Hatimu tulus suci dan murni
Hanya diri yang halal
Engkau serahkan segala
Untuk mencari redha Ilahi ''

Ya Allah, kuatkan aku seperti Sumayyah, cekalkan aku seperti Zinnirah dan cantikkanlah akhlakku seperti Fatimah Az zahra. Amin..Alhamdulillah, for everything. Kita dihidupkan hari ini bukan untuk terus menerus menambah Dosa tapi untuk terus menerus menambah Pahala. peliharakanlah diriku ini dari godaan dunia yg melanda,Allah uji sebab Allah sayang. Allah tak akan pernah uji sesuatu yang diluar kemampuan hamba-Nya. Tak akan.. sekarang Allah menguji aku dengan kelalaian dunia.. Ya Allah aku ingin cinta yg HALAL dan DIREDHAI..Allah itu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.simpankanlah segala apa yg ada pada diriku buat yg halal disisi,SAYA UNTUKNYA,SAYA ISTERI DIA....
 '' Benarlah cinta buta melalaikan
Tanpa memikirkan batas syariatnya
Semuanya itu hanya ujian didunia
Ia adalah mahar untuk kita ke syurga

Oh, Kau Permaisuri di hatiku
Di dunia ini engkau penghibur
Menjunjung kasih amanah Ilahi
Ku pasti akan terus menyayangi
Terima kasih ucapan ku beri
Kau hadiahkan ku cahaya hati
Ku pimpin tanganmu oh kasih meniti hari
Semoga kita dapat bersama
Sampai kepada-Nya disyurga sana ''