rindu halal ♥ utk kekasih halal ♥

Bismillah
 
(oki setiana dewi,lawa juge die were hijab tudung labuh mesir)

jatuh cinta tengok cerita KETIKA CINTA BERTASBIH :) di Astro Pelangi bersame Mak..siap Record kt astro beyond lagi semata2 nak tengok.hee

Manisnya rindu pada yang halal untuk kita :) sungguh Allah nak uji hati ini..
maaflah wahai adam, hati saya terkunci kemas! bukan sombong tapi demi menjaga sekeping hati.Mungkin seringku bicara soal cinta, namun hatiku sudah pudar utk menerima cinta
buat bakal zauji, aku cuba dan pasti bisa mencintaimu, pasti Allah mlembuatkan hatiku utk menerimamu, usahla kau bimbang
Saya tidak mahu terlalu mudah mengungkap cinta. Siapa yang bakal menerima ungkapan cinta mestilah lelaki high class bukan lelaki sembarangan. Perlu ada matlamat. Perlu lihat kesudahan. Menghampiri syurga atau menghampiri neraka?"

Lelaki yang terlalu banyak bergaul/bermesra dengan wanita yang bukan MAHRAMNYA tidak layak dijadikan SUAMI..wallahua'lam
Lembutku dalam Ketegasan. Ramahku kerana "Urusan" tapi tak bermakna Diriku mudah Didekati....bukan saya memilih,tapi ingin memilih yg terbaik buat diri :) meskipun pernah kecundang dgn RISIKKAN yg sebelumnya.Tapi gagahkan diri,'' Aku bukan wanita yg lemah HATINYA ''
 Insyallah,cinta dan rindu HALAL untuk KEKASIH HALAL..
tak perlu untuk saya bercouple,tak perlu untuk saya berdating,apa yang PERLU..menyiapkan diri menyempurnakan diri melengkapi ape yg patot dipenuhi buat Ilahi dan bakal ZAUJI ..
terkadang cemburu melihat mereka yg sudah berpunya,hmm tapi terus Istighfar..Allah cinta kite.Sabar Aisyah,Sabar...cintai Allah..cintai Agama..cintai keluarga.....meskipun ad dikalangan adam yg menawarkan hasrat sucinya,tapi '' AKU PERLU MEMILIH YG TERBAIK BUAT DIRIKU ''.cintaku bukan sehari due,tapi hingge ke akhir hayat kite bersame..

TIKA KAU LEMAH..JADIKAN ALLAH SBG TEMPAT UTK MELUAH RASA..TIKA KAU GOYAH,KAU PERLU KUAT KERANA KAU PEMBAWA AGAMA..TIKA KAU REBAH,KAU HARUS TABAH KERANA KAU MUJAHIDAH MUDA
simpanlah RINDU ini buat KEKASIH HALALKU- aisyah humaira