'' Kunci hati SAYA ada pada AWAK ''

Bismillah..
'' sayangku,jika ad Insan yang mahu saya .. dia mesti memintanya pada kamu,kerana KUNCI HATI SAYA ADA PADA AWAK,sayang ''

TAPI saya takut ..


awak pernah melamar saya melalui SMS. Kata awak, "sudikah awak menjadi calon isteri saya?" Saya terus bersetuju tanpa fikir panjang. Mungkin waktu itu saya terlupa untuk beristikharah dan mengingati Tuhan. Sungguh, entah jawapan saya waktu itu hanya didasari nafsu semata-mata. Kemudian, setelah saya bersetuju, hubungan kita kian rancak. Batas-batas pergaulan seolah halal bagi kita. Kan saya calon isteri awak.. Tapi silap saya, kerana saya seolah-olah buta pada perkataan CALON. Ya, saya hanya calon, bukan betol-betol isteri awak. Entah saya bakal halal untuk awak ataupun selama-lamanya tidak akan halal untuk awak. Pun tidak ada dalam ilmu kita. Sewaktu itu, kita asyik dengan persoalan kehidupan kita. Kita mula menyemai pelbagai impian. Begitu dan begini. dan kata awk,

'' sayangku,jika ad Insan yang mahu saya .. dia mesti memintanya pada kamu,kerana KUNCI HATI SAYA ADA PADA AWAK,sayang ''

Biarlah kita mujahadah. Dan biarlah saya kehilangan awak demi mendapat cinta Allah...
terima kasih kerana pernah mencintai saya kerana Allah. Kali ini, pergilah dari saya dan carilah benar-benar cinta Allah. Moga-moga masih ada peluang untuk kita bertemu dengan sebenar-benar cinta yang suci dan membahagiakan abadi.