yang Cerdik dan Solehah

Bismillah

Alhamdulillah. I'm still alive. Million thanks to Allah :) Thank to Allah still give me a chance to continue being human. What was the first thing on your mind this morning?? hihi, well Aisyah tengah bosan bosan ni. so moh lah kite menaip Entri. awak semua pernah dengar lagu Isteri Cerdik yang Solehah tak? bestkan. banyak maksud tersurat dan tersirat :) Mr.A suke juge lagu ni. suke sangat nyanyi. Isteri cerdik yang solehah. Wanna be one of them =') InsyaAllah. Aamiin! Hee Tapi tak jumpa pula lagu yang menyatakan ciri ciri suami soleh. Kalau isteri saja solehah, tak sempurna lah keluarga. Suami juga mesti soleh. Mesti boleh jadi pemimpin (imam) dalam solat dan dalam keluarga.

Kadang kadang kita menjadi manusia yang tidak tahu bersyukur..
Bersyukur tak semestinya bila dah kaya.. Dapat bangun dari tidur pun sepatutnya harus bersyukur, sebab masih boleh bernafas, masih lagi diberi kesempatan untuk mengubah diri menjadi lebih baik dari semalam. bersyukur dengan diri kita sendiri, tak perlu kita mengukur diri orang lain dengan menilai diri mereka. apa yg awak cakap tentang orang tu, itu menunjukkan diri awak dan kelemahan awak. bersyukurlah awak sempurna. ada mata, ada hidung, maruah terjaga, tak perlu awak menjudgekan mereka. Manusia tak sempurna, semua orang tahu itu, tetapi masih ada yang buat-buat tak tahu.. Manusia hanya pandai cakap tapi tak pandai nak kotakan.. Aisyah mengaku, Aisyah tak sempurna.. dan memang tidak akan pernah menjadi sempurna, tetapi Aisyah cuba untuk buat menjadi yang terbaik untuk diri Aisyah, dan juga untuk orang lain.. masih banyak yang perlu kita perbaiki. walaupun kita bukan seorang isteri,seorang ibu....
janganlah kita pernah berhenti untuk berbuat baik kepada siapa pun..Jangan pernah berputus asa mempertahankan apa yang terbaik untuk diri sendiri, dan jangan pernah mengalah sebelum tewas.. Hanya orang yang berusaha sahaja yang akan mencapai kejayaan..InsyaAllah jika niat kita betul, Allah pasti permudahkan.. Jangan pernah berharap untuk mendapat yang sempurna kalau diri kita belum cukup sempurna..Jika tidak mampu untuk menjadi sempurna, berjuanglah untuk menjadi yang terbaik. Itu lebih baik dari mengalah. Biarlah apa orang kata.. Hanya Allah tahu siapa kita, apa nawaitu kita. Berkat Allah adalah segalanya berbanding cakap-cakap orang yang hanya mampu melunturkan semangat dan perjuangan kita...
 perbaiki kelemahan tingkatkan kegigihan, orang yg cerdik sentiasa berfikiran positif :) Kita terus membesar dan terus membesar dengan keadaan yang begitu indah sekali,dipilih menjadi seorang muslim dan juga anak kepada ibu bapa yang soleh/hah. Ibu bapa kita hanya menginginkan yang terbaik untuk kita. jadi, janganlah kita selalu membantah apa yg mereka inginkan. bila kita dah punya keluarga sendiri, masa tu baru kita sedar. " oh macam ni lah agaknya aku dulu ".  perangai kita yg sekarang akan dicontohi dan akan diwarisi oleh anak anak kita kelak..