siapa AKU 10tahun lagi??

Bismillah..

andai 10 tahun lalu saya lebih bersungguh-sungguh, mungkin saya akan menjadi seorang Doktor Pakar Islam,mungkin seorang pakar rujuk fiqah wanita,mungkin peguam syarii ?? tetapi ia tidak terlaksana  kerana 10 tahun yg lalu tidak cukup lagi dengan kesungguhan di dalam diri. terlalu leka dan lalai. Astaghfirullah.

kita tidak mampu untuk kembali ke 10 tahun yg sudah berlalu,TETAPI kita mampu bersungguh-sungguh pada hari ini untuk menjadi diri kita sendiri pada 10 tahun yg akan datang. Hidup kita adalah satu perjalanan, saat bermula dan berakhir.punya had masa. kita perlulah bijak mengurus masa, masa akan tetap berjalan tanpa menunggu kita walau seminit dan sesaat. masa juga berjalan mengikut haluannya. siapa kita di masa lalu,lupakan.hapuskan ingatan itu jika kita mahu lebih berjaya dalam hidup. jika 10 tahun lagi kita masih seperti hari ini, itu tandanya kita kurang bermuhasabah diri. now! learn to be matured and adult.... tak selamanya kita muda remaja sentiasa, suatu saat kita akan tunduk membongkok ke tanah.
" Aku tak tahu kemana masa depan ini akan membawaku? Siapa pula yang tahu? Aku hanya ingin melangkah maju " .. jom kita bercita-cita! mungkin dengan 10 tahun yg akan datang kita bakal berjaya dalam hidup memperolehi sijil sarjana atau doktor falsafah! bakal menjadi ibu bapa yg cemerlang dalam mendidik anak-anak dan rumahtangga! kita masih diberi peluang untuk berusaha pada hari ini. Tentang takdir yg telah diaturkan oleh Allah tiada siapa yg dapat menghalannya dan tidak boleh kita katakan STOP pada takdir-Nya. rancanglah,binalah cita-cita jika perancangan itu telah direka seawal semalam itu lebih baik! yeee,masih belum terlambat.
masa yg terluang jangan disia-siakan, gunakan sebaik mungkin.. 10 tahun yg lalu, mungkin kita bukan pelajar yg mendapt DEAN LIST. tetapi 10 tahun yg akan datang kita mungkin seseorang yg berjaya di dalam hidup.meskipun kita bukan seorang pelajar cemerlang, tapi cemerlang dalam meningkatkan potensi diri kepada Allah yg satu. lihat ke atas tunduk ke bawah pandang kiri kanan dan maju ke hadapan. maju ke hadapan dengan keyakinan. Biarlah orang nak cakap apa, Allah sahaja yg tahu niat kita :')

Allah sentiasa ada bersama orang-orang yang sabar , dan Allah menyayangi kita lebih dari kita menyayangi diri kita sendiri . I'm always be there when you need someone...ingat!!ALLAH selalu ada bersama kita... 10 tahun akan datang Allah tetap bersama walau dimana jua, yg kita tak pasti ajal dan maut yg sudah tertulis.....