disebalik TELEKUNG MERAH JAMBU itu

Bismillah ...
sedang diri selesai menunaikan Solat Maghrib,aku tertarik dengan seorang kanak2 yang bertelekung MERAH JAMBU.usianya dalam 2,3tahun ..
untuknya,

ke hadapan anak manja perempuan UMI,
harapan umi sayang sentiasa didalam rahmat Ilahi. Sentiasa didalam redha Ilahi, dan sentiasa dibawah lindungi Ilahi.
kini dirimu semakin membesar,perlu meniti alam remaja yang kian mencabar..
jadilah wanita syurga sayang..
jadilah PUTERI YANG SOLEHAH..

jika satu hari nanti, ada seorang lelaki soleh datang menyuntingmu,
tibalah masa untuk kamu menerimanya.
Tibalah masa untuk kamu berada disisi seorang suami.
Tidaklah awal untuk umi berkata demikian sayang, kerana itulah lumrahnya kehidupan.

akan tiba masanya,
umi akan melepaskan anak perempuan manja umi kepada suamimu
Betapa umi rindu mengandungkanmu sayang,
betapa umi rindu saat-saat melahirkanmu sayang,
betapa umi rindu melihat kamu berjalan,
betapa umi rindu dengan zaman kecilmu yang leka memakai tudung
betapa umi rindu dengan segalanya saat kamu meniti dewasa

sayang,kini dirimu harus bersedia
bersedia melengkapkan dirimu
menjadi yang solehah,
supaya kelak mendapat yang soleh
dan zuriat yang soleh dan solehah...
aturkan langkahmu,tingkatkan peribadimu sayang
usah menyerah,berdoalah sementara mengatur langkah
berdoa agar dikurniakan lelaki yang soleh 
agar bisa memimpin dirimu mencapai MARDHATILLAH


jangan sesekali berputus asa sayang
Tuhan maha mengasihi hambanya
apatah lagi dirimu seorang WANITA 
setiap titisan air matamu di kira 
untuk mendapat syafaat dariNya 
berdolah yang mampu mengiri segalanya..

Yang penting dalam semua ini sayang,
adalah menjadi yang solehah, untuk mendapat yang soleh.
Tetapi anakku, INGATLAH
dalam semua ini, niat kamu harus betul. Bukanlah menjadi yang solehah itu semata-mata kerana manusia (soleh), tetapi untuk Pencipta yang meyolehkan manusia.


 Cinta Allah, cinta Yg satu.. Usah mengeluh, teruskan langkahmu